Kamus Agama Islam

Pranala (link): https://www.maknaa.com/agama-islam

Kamus Agama Islam ini memuat 657 Kata.

Kamus Kamus Agama Islam ini merupakan online. Jika anda mencari terjemah atau arti kata menurut kamus Kamus Agama Islam, anda bisa mencari disini. Kamus bisa ditelaah menggunakan abjad atau formulir pencarian.

Indeks Kamus Agama Islam

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Tabel Kamus Agama Islam

No Kata Arti
1 A'Rabi Orang arab yang mendiami di pendalaman padang pasir. Mereka hidup cara kuno, berkelompok- kelompok dan berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain, kerana mencari tempat yang sesuai untuk ternakan mereka.
2 Ababil Nama burung yang menyerang tentera Abrahah yang bergajah dengan seketul batu ketika mereka datang ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah. Tentera Abrahah telah musnah sama sekali kerana serangan burung-burung itu. Peristiwa ini berlaku dua tahun sebelum keputeraan Rasulullah s.a.w. dan tahun itu juga din...
3 Abdul Bar Namanya ialah Yusuf. Beliau adalah seorang perawi dan pengkaji ilmu hadis yang masyhur.
4 Abdul Rahman Bin Auf Sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkemuka dan memeluk Islam sejak awal-awal lagi. Beliau merupakan seorang saudagar yang dermawan dan mendermakan berpuluh-puluh ribu dinar hartanya untuk perbelanjaan pertahanan negara. Beliau menyertai semua peperangan bersama Rasulullah s.a.w. dan wafat ketika berus...
5 Abdullah Bin Rawahah Jurutulis Rasulullah s.a.w. dan panglima Islam yang berani. Beliau gugur dan mati syahid ketika menentang tentera Rome dalam peperangan Muktah yang mana tentera mereka tujuh kali ganda lebih banyak daripada tentera Islam.
6 Abdullah Bin Sabak Pendeta Yahudi yang telah memeluk agama Islam. Beliau berjaya mempengaruhi banyak orang Islam supaya bencikan pemerintahan Khalifah Usman bin Affan dan mengagung-agungkan Saidina Ali dengan cara melebih-lebihkannya. Tujuannya ialah memecah-belahkan perpaduan Islam. Beliau jugalah yang membangkitkan...
7 Abdullah Bin Salam Seorang yang berbangsa Yahudi daripada Bani Qainuqak di Madinah. Beliau memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan banyak menceritakan kisah Israiliyat.
8 Abdullah Bin Ubai Seorang yang berbangsa Yahudi dan ketua Munafik di Madinah semasa zaman Rasulullah s.a.w. Golongan ini berpura-pura solat dan melakukan ibadat-ibadat lain, bersama-sama orang Islam yang lain untuk mencari pengaruh. Namun sebenarnya mereka adalah musuh dalam selimut yang sentiasa menunggu peluang unt...
9 Abdullah Bin Umar Putera sulung Saidina Umar Al-Khattab. Beliau memeluk Islam ketiak berusia lapan tahun. Beliau sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkenal dan dihormati. Beliau sangat kuat beribadat kepada Allah dan perawi hadis dan telah meninggal dunia pada usia 84 tahun di Mekah.
10 Abrahah Seorang gabenor negeri Yaman yasng beragama Kristian semasa datuk Rasulullah s.a.w., Abdul Mutalib memerintah Mekah. Abrahah berasa iri hati apabila mengetahui banyak orang yang telah mengunjungi Kaabah di Mekah.lalu beliau mendirikan sebuah gereja yang menyerupai Kaabah di Yaman. Oleh sebab tindaka...
11 Abrar Kumpulan orang yang taat kepada Allah S.W.T. serta melakukan kebajikan. Mereka dijamin oleh Allah S.W.T. akan mendapat kedudukan yang tinggi di syurga kelak.
12 Abu Bakar As-Siddiq Sahabat Rasulullah s.a.w. yang paling rapat. Beliau pernah menemani Rasulullah s.a.w. ketika berhijrah ke Madinah. Beliau merupakan lelaki pertama yang memeluk agama Islam dan sentiasa membenarkan ajaran Rasulullah s.a.w. dengan sebab itu beliau digelar as-Siddiq . Nama asalnya ialah Abdullah bin Ab...
13 Abu Daud Ulama hadis yang terkenal. Dilahirkan di Iraq. Namanya Sulaiman bin Al-Asy'as dan hidup di kurun ketiga Hijrah. Kitabnya yang bernama Sunan Abi Daud dianggap kitab ketiga yang terpenting selepas Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dalam bidang ilmu hadis.
14 Abu Hanifah Seorang yang sangat alim dalam pengajian Islam, terutamanya dalam bidang Feqah. Beliau adalah pengasas mazhab Hanafi. Nama sebenarnya ialah Nukman bin Sabit. Beliau juga saudagar yang jujur dan telah meninggal dunia pada tahun 80 Hijrah.
15 Abu Hurairah Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. dan telah memeluk Islam pada tahun ke-7 Hijrah. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Sakhar, beliau banyak menghabiskan masanya dengan mendampingi Rasulullah s.a.w. Seorang yang kuat ingatan dalam menghafaz hadis dan banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulu...
16 Abu Jahal Namanya Amru bin Hisyam. Beliau merupakan kafir Quraisy yang sangat keras menentang agama islam dan perancang utama dalam percubaan membunuh Nabi s.a.w. Beliau menentang agama Islam bukan kerana tidak tahu kebenaran Islam tetapi semata- mata kerana degil dan hasad kepada Rasulullah s.a.w. Beliau tel...
17 Abu Lahab Salah seorang bapa saudara Nabi s.a.w . Dan namanya yang sebenar ialah Abdul Uzza. Beliau sangat memusuhi Rasulullah s.a.w. dan menentang dakwah Islam sehingga diturunkah surah Al-Lahab (lidah api). Surah ini mencela Abu Lahab bersama isterinya dan kedua-duanya akan dikenakan api neraka yang dahsyat...
18 Abu Qasim Gelaran yang diberikan kepada junjungan kita s.a.w kerana baginda mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Qasim tetapi meninggal dunia ketika semasa kecil lagi.
19 Abu Talib Bapa saudara Rasulullah s.a.w. dan bapa kepada Saidina Ali. Beliau memimpin keluarga Bani Hasyim yang disegani oleh orang Quraisy dan pelindung kepada Rasulullah s.a.w. daripada ancaman musuh. Setelah beliau wafat, orang Quraisy berani mengancam Rasulullah s.a.w. sehingga mahu membunuh baginda.
20 Abu Ubaidah Al-Jarah Seorang daripada sahabat sepuluh sahabat Rasulullah s.a.w. yang dijanjikan masuk syurga.Beliau juga merupakan seorang panglima Islam yang berani, berperang bersama Rasulullah s.a.w dalam semua peperangan. Panglima yang sangat berjasa mengembangkan agama Islam dan menawan negeri Syam, Hims dan Aleppo...