Arti Kata "Ababil" menurut Kamus Agama Islam

Pranala (link): https://www.maknaa.com/agama-islam/ababil

Halaman ini menjelaskan Arti Kata Ababil menurut Kamus Agama Islam.

No Kata Arti
1 Ababil Nama burung yang menyerang tentera Abrahah yang bergajah dengan seketul batu ketika mereka datang ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah. Tentera Abrahah telah musnah sama sekali kerana serangan burung-burung itu. Peristiwa ini berlaku dua tahun sebelum keputeraan Rasulullah s.a.w. dan tahun itu juga dinamakan Tahun Gajah. Cerita ini dirakamkan di dalam Surah al-Fil.

Lebih lanjut mengenai Ababil

Ababil terdiri dari 1 kata. Kata tersebut mempunyai 20 kata terkait yakni sebagai berikut:

Abrahah Seorang gabenor negeri Yaman yasng beragama Kristian semasa datuk Rasulullah s.a.w., Abdul Mutalib memerintah Mekah. Abrahah berasa iri hati apabila mengetahui banyak orang yang telah mengunjungi Kaabah di Mekah.lalu beliau mendirikan sebuah gereja yang menyerupai Kaabah di Yaman. Oleh sebab tindaka...
Kaabah Sebuah bangunan yang terletak di tengah-tengah Masjidil Haram di Mekah. Bentuknya empat segi, Tinggi 15 meter, panjang 11 meter lebih dan lebarnya kira-kira 10 meter. Ia juga bernama Baitul Al-Haram dan dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. Ia menjadi arah kiblat bagi orang Islam solat.
Ibnu Batutah Namanya Abdullah At-Tanji yang dilahirkan pada tahun 702 Hijrah di Morocco.Seorang pengembara Islam yang pernah menjelajah dunia dan serta membuatkajian dengan teliti tentang sesebuah masyarakat yang dilawatinya. Antara bukunya yang terkenal ialah Tuhfatun Nazar. Bukunya ini sangat penting kepada pe...
Dabbatul Ardh Binatang yang merayap keluar dari perut bumi dan akan merosakkan muka bumi ini. Peristiwa tersebut adalah salah satu daripada sepuluh benda yang akan menjelang hari Kiamat, seperti yang tersebut dalam hadis Nabi s.a.w.
Ababil Nama burung yang menyerang tentera Abrahah yang bergajah dengan seketul batu ketika mereka datang ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah. Tentera Abrahah telah musnah sama sekali kerana serangan burung-burung itu. Peristiwa ini berlaku dua tahun sebelum keputeraan Rasulullah s.a.w. dan tahun itu juga din...
Abdul Bar Namanya ialah Yusuf. Beliau adalah seorang perawi dan pengkaji ilmu hadis yang masyhur.
Abu Jahal Namanya Amru bin Hisyam. Beliau merupakan kafir Quraisy yang sangat keras menentang agama islam dan perancang utama dalam percubaan membunuh Nabi s.a.w. Beliau menentang agama Islam bukan kerana tidak tahu kebenaran Islam tetapi semata- mata kerana degil dan hasad kepada Rasulullah s.a.w. Beliau tel...
Ad-Dailami Namanya Shahradar bin Syirawih, dilahirkan di Dailam. Beliau seorang ulama hadis. Di antara kitab hadisnya ialah kitab Al-Firdaus. Beliau meninggal dunia pada tahun 557 Hijrah.
Ahlul Hilli Wal Aqdi Mereka yang menganggotai sebuah badan perundingan yang dilantik oleh pemerintah untuk menentukan keputusan hukum mengenai sesuatu masalah yang berlaku yang tidak terdapat dalam al- Quran dan Hadis secara terperinci.
Al-Asma' Al- Husna Nama Allah S.W.T. yang terdapat di dalam al-Quran dan Hadis. Nama-nam tersebut sebanyak 99 nama.
Al-Baqillani Namanya Abu Bakar Muhammad bin Taibyang dilahirkan di Basrah. Beliau seorang ulamak tauhid yang terkenal daripada golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Al-Farabi Namanya Muhammad bin Muhammad, dilahirkan di Turkistan pada tahun 780 Masehi dan meninggal dunia pada tahun 950 Masehi. Beliau seorang yang mahir dalam bidang muzik, matematik dan bahasa asing. Namun yang menonjol sekali ialah dalam bidang ilmu falsafah sehingga ia dikenali dengan panggilan al-Mu'al...
Al-Ghazali Namanya Muhammad bin Muhammad Ghazali atau lebih dikenali dengan panggilan Abu Hamid. Beliau dilahirkan di Khurasan pada tahun 450 Hijrah. Dan meninggal dunia pada tahun 505 Hijrah. Beliau sangat gigih menuntut ilmu sehingga sehingga menjadi seorang ulama yang terbesar dan mahir dalam semua bidang i...
Al-Juwaini Namanya Abdul Malek bin Abdullah Al-Juwaini, seorang yang alim dalam ilmu kalam dan feqah serta penyokong kuat mazhab Syafie. Beliau bergelar imam Al-Harmim bagi Mekah dan Madinah.
Al-Khazin Nama sebuah kitab tafsir Al-Quran yang terkenal.
Al-Khindi Nama sebenar Abu Yusuf bin Ihsak al-Khindi. Beliau seorang ahli falsafah Islam yang berbangsa Arab. Beliau banyak menterjemahkan falsalah Yunani ke dalam bahasa Arab serta menulis buku falsafah.
Al-Khuwarizmi Nama sebenarnya Abu Abdullah bin Muhammad. Beliau merupakan pengarang Islam yang terkenal dengan karangannya dalam ilmu perubatan, matematik, ilmu bintang dan lain-lain lagi.
Baitul Atiq Nama bagi Kaabah bererti rumah kemerdekaan. Kadang-kadang juga disebut Baitullah-Alharam kerana terletak ditengah-tengah tanah haram di Mekah.
Berzanji Nama syair atau nazam yang menceritakan tentang benih keturunan kisah kelahiran, perangai budi pekerti Rasulullah s.a.w. yang mulia dan perkara yang bersangkutan dengannya. Dibukukan dan dibacakan dengan berlagu terutamanya pada perayaan sambutan Maulidur Rasul. Pengarangnya Syed Ja'far al-Barzanji.
Bilal Bin Rabah Nama seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang dilantik oleh Baginda menjadi tukang bang. Pada masa sekarang jawatan tukang bang digelar tukang azan.

Indeks Kamus Agama Islam

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z