Arti Kata "Abdullah Bin Sabak" menurut Kamus Agama Islam

Pranala (link): https://www.maknaa.com/agama-islam/abdullah-bin-sabak

Halaman ini menjelaskan Arti Kata Abdullah Bin Sabak menurut Kamus Agama Islam.

No Kata Arti
1 Abdullah Bin Sabak Pendeta Yahudi yang telah memeluk agama Islam. Beliau berjaya mempengaruhi banyak orang Islam supaya bencikan pemerintahan Khalifah Usman bin Affan dan mengagung-agungkan Saidina Ali dengan cara melebih-lebihkannya. Tujuannya ialah memecah-belahkan perpaduan Islam. Beliau jugalah yang membangkitkan fahaman Syiah.

Lebih lanjut mengenai Abdullah Bin Sabak

Abdullah Bin Sabak terdiri dari 3 kata. Kata tersebut mempunyai 20 kata terkait yakni sebagai berikut:

Islam Agama Allah S.W.T. yang dibawa oleh Nabi s.a.w. untuk manusia sejagat. Semua manusia diperintah untuk mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan segala yang dilarang. Dasar agama Allah S.W.T. dari Nabi Adam a.s. sehingga Nabi s.a.w. tidak berubah iaitu bertuhankan Allah yang Maha Esa. Cuma yang berubah...
Khalifah Para sahabat yang menggantikan Rasullulah s.a.w. Mereka menjadi ketua dan memimpin umat Islam serta menyambung tugas baginda iaitu menyebarkan dakwah Islamiyah. Khulafa' Ar-Rasyidin seramai empat orang iaitu Khalifah Umar Al-Khattab, Abu Bakar As-Siddiq, Usman bin Affan dan Saidina Ali r.a.
Agama Budaya Agama-agama yang dicipta oleh manusia sendiri. Agama-agama ini tidak mempunyai kitab daripada Allah S.W.T. seperti agama Buddha dan lain-lain lagi.
Agama Tauhid Agama yang mempunyai kepercayaan bahawa Tuhan itu cuma satu sahaja iaitu Allah S.W.T. yang mempunyai kuasa yang tidak terbatas. Contohnya agama Islam.
Agama Wahyu Agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui kitab-kitabnya iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al- Quran. Namun begitu, ajaran kitab-kitab yang tersebut melainkan Al-Quran telah diselewengkan oleh pengikut-pengikutnya dan tidak boleh dipakai lagi. Tambahan pula dengan turunnya Al-Quran, semua ajaran...
A'Rabi Orang arab yang mendiami di pendalaman padang pasir. Mereka hidup cara kuno, berkelompok- kelompok dan berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain, kerana mencari tempat yang sesuai untuk ternakan mereka.
Abdullah Bin Sabak Pendeta Yahudi yang telah memeluk agama Islam. Beliau berjaya mempengaruhi banyak orang Islam supaya bencikan pemerintahan Khalifah Usman bin Affan dan mengagung-agungkan Saidina Ali dengan cara melebih-lebihkannya. Tujuannya ialah memecah-belahkan perpaduan Islam. Beliau jugalah yang membangkitkan...
Ahlul Kitab Orang yang beragama Yahudi dan Nasrani yang masih mengamalkan ajaran lama mereka sesudah kebangkitan Nabi s.a.w. dan mereka dihukumkan kafir kerana tidak mengikut syariat Nabi s.a.w. Hukum-hukum yang berkaitan dengan mereka ialah orang Islam yang halal berkahwin dengan perempuan mereka dan sembeliha...
Ahlul Quran Orang yang arif dalam pembacaan Al-Quran dan isinya serta tafsir kitab Al-Quran.
Ajnabi Orang lelaki dan perempuan yang halal berkahwin iaitu bukan muhrim. Mereka wajib menutup aurat dan dalam pergaulan yang terbatas.
Akil Baligh Orang yang sudah cukup umur dan berfikiran waras atau orang mukalaf. Mereka diwajibkan mengerjakan suruhan Allah S.W.T. dan menjauhi segala laranganNya. Cukup umur bagi kanak-kanak perempuan ialah apabila genap berumur dua belas tahun atau kedatangan haid. Dan kanak-kanak lelaki pula ialah 15 tahun...
Ali Bin Abi Talib Beliau telah dilahirkan di Mekah kira-kira 23 tahun sebelum Hijrah. Beliau adalah kanak-kanak yang mula-mula memeluk agama Islam, anak angkat dan menantu Rasulullah s.a.w. Beliau seorang yang luas ilmu pengetahuan, cerdas berfikir, panglima yang gagah perkasa serta digelar Karamullahu Wajhah dan jug...
Badwi Orang Badwi adalah panggilan bagi orang Arab yang tingggal di pendalaman padang pasir atau mereka yang tinggal jauh dari bandar. Cara kehidupan mereka berbeza dengan cara orang Hadhari.
Fakir Orang yang berhajat kepada pertoongan. Contohnya manusia fakir kepada Allah S.W.T. 2- Orang yan tida pendapatan langsung dan tiada menanggung nafkahnya. Orang ini tidak diwajibkan membayar zakat tetapi layak menerima zakat.
Faqih Orang yang mahir dalam ilmu feqah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara tersebut.
Fasik Orang yang melakukan dosa besar tanpa betaubat. Atau orang yang melakukan dosa kecil yang berlarutan dan orang yang melakukan kejahatan sesama manusia.
Gharim orang yang terhutang untuk membelanjakan sesuatu yang baik dan tidak mampu membayarnya. Orang ini layak menerima zakat harta.
Hajib Orang yang kedudukannya menghalangi orang lain beroleh harta warisan, atau mengurangi perolehan warisan orang lain. Misalnya Bapak menghalangi perolehan waris kakek, anak menghalangi perolehan waris
Hakim Orang yang memutuskan pertikaian/persengketaan antara dua orang atau lebih.
Hunafa (Lurus) orang-orang saleh yang tidak mau mengikuti segala perilaku kotor dan tata   cara peribadatan jahiliyah

Indeks Kamus Agama Islam

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z