Arti Kata "Abdullah Bin Salam" menurut Kamus Agama Islam

Pranala (link): https://www.maknaa.com/agama-islam/abdullah-bin-salam

Halaman ini menjelaskan Arti Kata Abdullah Bin Salam menurut Kamus Agama Islam.

No Kata Arti
1 Abdullah Bin Salam Seorang yang berbangsa Yahudi daripada Bani Qainuqak di Madinah. Beliau memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan banyak menceritakan kisah Israiliyat.

Lebih lanjut mengenai Abdullah Bin Salam

Abdullah Bin Salam terdiri dari 3 kata. Kata tersebut mempunyai 20 kata terkait yakni sebagai berikut:

Islam Agama Allah S.W.T. yang dibawa oleh Nabi s.a.w. untuk manusia sejagat. Semua manusia diperintah untuk mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan segala yang dilarang. Dasar agama Allah S.W.T. dari Nabi Adam a.s. sehingga Nabi s.a.w. tidak berubah iaitu bertuhankan Allah yang Maha Esa. Cuma yang berubah...
Bani Israel satu bangsa yang berasal daripada keturunan Nabi Allah Yaakub a.s. atau yang terkenal dengan panggilan Yahudi. Mereka pada mulanya kaum yang banyak dikurniakan nikmat dan dibangkitkan beberapa orang rasul daripada mereka. Namun disebabkab mereka angkuh, mereka menerima kutukan Allah S.W.T. Israel be...
Bani Quraizah Salah satu suku bangsa Yahudi yang mendiami Madinah sebelum Nabi s.a.w. berhijrah. Dalam masa orang Islam menghadapi perang Khandak, mereka selalu berkhianat menyebelahi musuh, walaupun mereka masih dalam perjanjian bersama-sama mempetahankan negara Madinah daripada ancaman musuh. Sebaik saja selesa...
Bani Umaiyah Sebuah pemerintah Islam selepas pemerintahan Khulafa' al-Rashidin. Berpusat di Damsyik. Pemerintahannya bermula pada tahun 40 Hijrah hingga 132 Hijrah. Khalifah yang pertama bernama Muawiyah bin Abu Suffian dan yang terakhir bernama Marwan bin Muhammad iaitu seramai 14 orang. Umaiyah diambil sempena...
Abdullah Bin Salam Seorang yang berbangsa Yahudi daripada Bani Qainuqak di Madinah. Beliau memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan banyak menceritakan kisah Israiliyat.
Abdullah Bin Ubai Seorang yang berbangsa Yahudi dan ketua Munafik di Madinah semasa zaman Rasulullah s.a.w. Golongan ini berpura-pura solat dan melakukan ibadat-ibadat lain, bersama-sama orang Islam yang lain untuk mencari pengaruh. Namun sebenarnya mereka adalah musuh dalam selimut yang sentiasa menunggu peluang unt...
Abrahah Seorang gabenor negeri Yaman yasng beragama Kristian semasa datuk Rasulullah s.a.w., Abdul Mutalib memerintah Mekah. Abrahah berasa iri hati apabila mengetahui banyak orang yang telah mengunjungi Kaabah di Mekah.lalu beliau mendirikan sebuah gereja yang menyerupai Kaabah di Yaman. Oleh sebab tindaka...
Abu Hanifah Seorang yang sangat alim dalam pengajian Islam, terutamanya dalam bidang Feqah. Beliau adalah pengasas mazhab Hanafi. Nama sebenarnya ialah Nukman bin Sabit. Beliau juga saudagar yang jujur dan telah meninggal dunia pada tahun 80 Hijrah.
Abu Ubaidah Al-Jarah Seorang daripada sahabat sepuluh sahabat Rasulullah s.a.w. yang dijanjikan masuk syurga.Beliau juga merupakan seorang panglima Islam yang berani, berperang bersama Rasulullah s.a.w dalam semua peperangan. Panglima yang sangat berjasa mengembangkan agama Islam dan menawan negeri Syam, Hims dan Aleppo...
Abu Zar Al-Ghifari Seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bersikap tegas ketika memperjuangkan kebenaran dan hak. Cara hidupnya yang sederhana, tidak mementingkan kesenangan dunia. Sebaliknya sentiasa berusaha menyuburkan keimanan kepada Allah S.W.T.
Adam (Nabi) Seorang nabi dan rasul pilihan yang dijadikan oleh Allah S.W.T. daripada unsur tanah. Daripada Adam Dan Hawalah asal keturunan manusia yang ada sekarang. Setelah Allah S.W.T. menjadikan Nabi Adam, Allah S.W.T. telah menyuruh semua malaikat dan iblis menghormatinya. Namun iblis enggan menurut perinta...
Al-Bazzar Seorang yang alim dalam ilmu hadis dan penghafaz al-Quran yang terkenal. Namanya Muhammad bin Amir, berasal dari Basrah, Iraq dan meninggal dunia pada tahun 290 Hijrah.
Ali Bin Abi Talib Beliau telah dilahirkan di Mekah kira-kira 23 tahun sebelum Hijrah. Beliau adalah kanak-kanak yang mula-mula memeluk agama Islam, anak angkat dan menantu Rasulullah s.a.w. Beliau seorang yang luas ilmu pengetahuan, cerdas berfikir, panglima yang gagah perkasa serta digelar Karamullahu Wajhah dan jug...
Amru Bin Al-As Seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkemuka. Namanya Abdullah Amru bin Al-As. Beliau memeluk Islam pada tahun ketujuh Hijrah ketika dibuat perjanjian Hudaibiyah. Panglima Islam yang berani dan bijak. Dan banyak berjasa kepada dakwah Islam serta setanding dengan Khalid bin Walid. Beliau juga mer...
Anas Bin Malik Seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang telah lama berkhidmat sebagai khadam. Setelah Rasulullah wafat beliau berpindah ke Basrah dan mengajar agama di sana. Beliau banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w. seperti yang terkumpul di dalam Musnad Ahmad.
Baihaqi Seorang Imam Hadis yang masyhur berasal dari Khurasan. Namanya Abu bakar bin Husain. Beliau orang yang kuat mempertahankan pendapat mazhab Shafie. Beliau dilahirkan pada 994 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 1066 Masihi.
Bairuni Seorang yang alim dalam banyak bidang ilmu pengetahuan seperti dalam bidang ilmu falak, kedoktoran dan lain-lain lagi. Beliau adalah orang Parsi yang banyak menulis kitab ilmiyah dalam bahasa Arab.
Baligh Seorang yang sudah cukup umur atau dewasa. Kanak-kanak lelaki yang sudah cukup umur apabila berusia lima belas tahun dan kanak-kanak perempuan apabila genap dua belas tahun. Mereka yang baligh dipertanggung jawabkan hukum syarak kerana sudah dewasa; lihat juga akil baligh.
Bukhari Seorang ulama hadis yang terkemuka. Beliau dilahirkan di Bukhar (Rusia) pada tahun 149 Hijrah. Namanya Muhammad bin Ismail telah belajar ilmu hadis sejak berumur sebelas tahun dengan menjelajah seluruh bumi Arab dan mengumpul hadis sebanyak 600.000. Antara kitabnya yang masyhur ialah Al-Jami'a Assah...
Darwin Seorang ahli falsafah barat yang berpendapat bahawa manusia itu berasal daripada beruk. Pendapat itu tidak benar kerana manusia berketurunan daripada Nabi Adam a.s. dan Nabi Adam a.s. dijadikan daripada tanah.

Indeks Kamus Agama Islam

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z