Arti Kata "Abdullah Bin Umar" menurut Kamus Agama Islam

Pranala (link): https://www.maknaa.com/agama-islam/abdullah-bin-umar

Halaman ini menjelaskan Arti Kata Abdullah Bin Umar menurut Kamus Agama Islam.

No Kata Arti
1 Abdullah Bin Umar Putera sulung Saidina Umar Al-Khattab. Beliau memeluk Islam ketiak berusia lapan tahun. Beliau sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkenal dan dihormati. Beliau sangat kuat beribadat kepada Allah dan perawi hadis dan telah meninggal dunia pada usia 84 tahun di Mekah.

Lebih lanjut mengenai Abdullah Bin Umar

Abdullah Bin Umar terdiri dari 3 kata. Kata tersebut mempunyai 10 kata terkait yakni sebagai berikut:

Islam Agama Allah S.W.T. yang dibawa oleh Nabi s.a.w. untuk manusia sejagat. Semua manusia diperintah untuk mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan segala yang dilarang. Dasar agama Allah S.W.T. dari Nabi Adam a.s. sehingga Nabi s.a.w. tidak berubah iaitu bertuhankan Allah yang Maha Esa. Cuma yang berubah...
Abdullah Bin Umar Putera sulung Saidina Umar Al-Khattab. Beliau memeluk Islam ketiak berusia lapan tahun. Beliau sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkenal dan dihormati. Beliau sangat kuat beribadat kepada Allah dan perawi hadis dan telah meninggal dunia pada usia 84 tahun di Mekah.
Amirul Umarak Gelaran pemerintah orang Islam dahulu yang bermaksud raja bagi segala raja.
Ibnu Umar Namanya Abdullah bin Umar al-Khattab. Anak sulung Khalifah Umar al-Khattab. Beliau sangat bertaqwa dan kuat beribadat. Beliau dihormati dan hampir setanding dengan Khulafa' Ar-Rasyidin. Beliau pernah berperang bersama Rasulullah s.a.w. dan merupakan seorang perawi hadis Nabi s.a.w.
Abdul Rahman Bin Auf Sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkemuka dan memeluk Islam sejak awal-awal lagi. Beliau merupakan seorang saudagar yang dermawan dan mendermakan berpuluh-puluh ribu dinar hartanya untuk perbelanjaan pertahanan negara. Beliau menyertai semua peperangan bersama Rasulullah s.a.w. dan wafat ketika berus...
Abu Bakar As-Siddiq Sahabat Rasulullah s.a.w. yang paling rapat. Beliau pernah menemani Rasulullah s.a.w. ketika berhijrah ke Madinah. Beliau merupakan lelaki pertama yang memeluk agama Islam dan sentiasa membenarkan ajaran Rasulullah s.a.w. dengan sebab itu beliau digelar as-Siddiq . Nama asalnya ialah Abdullah bin Ab...
Ali Bin Abi Talib Beliau telah dilahirkan di Mekah kira-kira 23 tahun sebelum Hijrah. Beliau adalah kanak-kanak yang mula-mula memeluk agama Islam, anak angkat dan menantu Rasulullah s.a.w. Beliau seorang yang luas ilmu pengetahuan, cerdas berfikir, panglima yang gagah perkasa serta digelar Karamullahu Wajhah dan jug...
Ammul Jamaah Tahun orang islam bersatu buat seketika kerana Saidina Hasan bin Ali telah menyerahkan kuasa khalifah kepada Muawiyah bin Abu Suffian.
Arqam Bin Abi Arqam Sahabat Rasulullah s.a.w. di Mekah . Beliau adalah orang yang pertama memeluk agama Islam . Rumahnya dijadikan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam secara sulit. Arqam mengikut Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah dan sentiasa bersama Rasulullah s.a.w. dalam peperangan penting.
Ja'Afar Bin Abu Talib Beliau adalah anak kepada Abu Talib dan sepupu kepada Nabi s.a.w. Beliau memeluk Islam dam telah mati syahid ketika menentang Rome yang mempunyai bilangan tentera berlipat kali ganda daripada tentera Islam di dalam peperangan Muktah.

Indeks Kamus Agama Islam

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z