Arti Kata "Abu Daud" menurut Kamus Agama Islam

Pranala (link): https://www.maknaa.com/agama-islam/abu-daud

Halaman ini menjelaskan Arti Kata Abu Daud menurut Kamus Agama Islam.

No Kata Arti
1 Abu Daud Ulama hadis yang terkenal. Dilahirkan di Iraq. Namanya Sulaiman bin Al-Asy'as dan hidup di kurun ketiga Hijrah. Kitabnya yang bernama Sunan Abi Daud dianggap kitab ketiga yang terpenting selepas Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dalam bidang ilmu hadis.

Lebih lanjut mengenai Abu Daud

Abu Daud terdiri dari 2 kata. Kata tersebut mempunyai 20 kata terkait yakni sebagai berikut:

Hadis Perbuatan, perkataan atau ikrar Rasulullah s.a.w. Hadis juga dikenali sebagai As-Sunnah. Hadis bermacam darjat, ada hadis sahih dan ada hadis dhaif.Di dalam perundangan, hadis menjadi sumber hukum selepas Al-Quran.
Hadis Qudsi Hadis yang mana ertinya daripada Allah S.W.T. dan lafaznya disusun oleh Rasulullah s.a.w.
Lahwul-Hadis Percakapan kosong yang sia-sia sahaja.
Abdul Bar Namanya ialah Yusuf. Beliau adalah seorang perawi dan pengkaji ilmu hadis yang masyhur.
Abu Daud Ulama hadis yang terkenal. Dilahirkan di Iraq. Namanya Sulaiman bin Al-Asy'as dan hidup di kurun ketiga Hijrah. Kitabnya yang bernama Sunan Abi Daud dianggap kitab ketiga yang terpenting selepas Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dalam bidang ilmu hadis.
Abu Jahal Namanya Amru bin Hisyam. Beliau merupakan kafir Quraisy yang sangat keras menentang agama islam dan perancang utama dalam percubaan membunuh Nabi s.a.w. Beliau menentang agama Islam bukan kerana tidak tahu kebenaran Islam tetapi semata- mata kerana degil dan hasad kepada Rasulullah s.a.w. Beliau tel...
Ad-Dailami Namanya Shahradar bin Syirawih, dilahirkan di Dailam. Beliau seorang ulama hadis. Di antara kitab hadisnya ialah kitab Al-Firdaus. Beliau meninggal dunia pada tahun 557 Hijrah.
Akidah Asas kepercayaan agama seseorang. Tiap-tiap orang Islam perlu mempunyai akidah Islam yamh betul.Orang yang mempunyai akidah yang salah, ibadatnya tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. dan dia akan dimasukkan ke dalam neraka.
Al-Baqillani Namanya Abu Bakar Muhammad bin Taibyang dilahirkan di Basrah. Beliau seorang ulamak tauhid yang terkenal daripada golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Al-Farabi Namanya Muhammad bin Muhammad, dilahirkan di Turkistan pada tahun 780 Masehi dan meninggal dunia pada tahun 950 Masehi. Beliau seorang yang mahir dalam bidang muzik, matematik dan bahasa asing. Namun yang menonjol sekali ialah dalam bidang ilmu falsafah sehingga ia dikenali dengan panggilan al-Mu'al...
Al-Ghazali Namanya Muhammad bin Muhammad Ghazali atau lebih dikenali dengan panggilan Abu Hamid. Beliau dilahirkan di Khurasan pada tahun 450 Hijrah. Dan meninggal dunia pada tahun 505 Hijrah. Beliau sangat gigih menuntut ilmu sehingga sehingga menjadi seorang ulama yang terbesar dan mahir dalam semua bidang i...
Al-Juwaini Namanya Abdul Malek bin Abdullah Al-Juwaini, seorang yang alim dalam ilmu kalam dan feqah serta penyokong kuat mazhab Syafie. Beliau bergelar imam Al-Harmim bagi Mekah dan Madinah.
Buwaiti namanya Yusuf bin Yahya, dilahirkan di Buwaiti, sebuah kampung di pendalaman Mesir. Beliau salah seorang ulama terbilang, seorang sahabat karib dan orang kuat Imam Shafie. Beliau meti di dalam penjara kerana mempertahankan pendapat bahawa al-Quran itu Qadim.
Daru-Qutni Namanya Ali bin Umar. Dilahirkan di Baghdad pada tahun 306 Hijrah. Beliau merupakan seorang imam hadis yang masyhur. Antara kitab hadis yang ditulisnya ialh kitab As-Sunnan. Beliau meninggal dunia pada tahun 385 Hijrah.
Dasar Tauhid Asas kepercayaan agama yang percayakan Tuhan itu satu iaitu Allah S.W.T. Kepercayaan itu berdasarkan daripada rukun iman yang enam.
Hasan Hadis hasan ialah hadis yang bersambung-sambung sanadnya dari awal hingga akhir. Tiada kecacatan pada perawi-perawinya. Cuma ingatan mereka kurang sempurna.
Ibnu Abas Namanya Abdullah bin Abbas (sepupu Rasulullah s.a.w.). Dilahirkan di Mekah dua tahun sebelum Hijrah. Seorang sahabat yang sangant alim, bijak dam kuat beribadat. Banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. dan meninggal dunia di Taif pada tahun 68 Hijrah.
Ibnu Arabi Namanya Muhammad bin Abdullah yang dilahirkan pada tahun 468 Hijrah dan meninggal pada tahun 543 Hijrah. Seorang daripada ulama Islam yang terkenal dalam bidang ilmu al-Quran, hadis dan feqah. Namun begitu lebih terkenal dalam bidang ilmu tasawuf dan banyak mengarang kitab mengenai ilmu tersebut.
Ibnu Batutah Namanya Abdullah At-Tanji yang dilahirkan pada tahun 702 Hijrah di Morocco.Seorang pengembara Islam yang pernah menjelajah dunia dan serta membuatkajian dengan teliti tentang sesebuah masyarakat yang dilawatinya. Antara bukunya yang terkenal ialah Tuhfatun Nazar. Bukunya ini sangat penting kepada pe...
Ibnu Hibban Namanya Muhammad bin Hibban. Beliau dilahirkan di Sijistan dan mengembara ke beberapa tempat kerana mencari ilmu sehingga menjadi pakar dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau paling terkenal dalam ilmu hadis dan sejarah.

Indeks Kamus Agama Islam

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z