Arti Kata "Abu Qasim" menurut Kamus Agama Islam

Pranala (link): https://www.maknaa.com/agama-islam/abu-qasim

Halaman ini menjelaskan Arti Kata Abu Qasim menurut Kamus Agama Islam.

No Kata Arti
1 Abu Qasim Gelaran yang diberikan kepada junjungan kita s.a.w kerana baginda mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Qasim tetapi meninggal dunia ketika semasa kecil lagi.

Lebih lanjut mengenai Abu Qasim

Abu Qasim terdiri dari 2 kata. Kata tersebut mempunyai 20 kata terkait yakni sebagai berikut:

Anak Bulan Bulan yang berbentuk seperti bulan sabit, ianya boleh dilihat pada satu hari bulan. Orang Islam menentukan puasa dan Hari Raya dengan melihat anak bulan. Cara ini dikatakan cara rukyah.
Kitab Allah hukum dan peraturan hidup yang diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui rasul-rasulNya untuk menjadi panduan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Kitab-kitab Allah S.W.T. ialah Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Abu Qasim Gelaran yang diberikan kepada junjungan kita s.a.w kerana baginda mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Qasim tetapi meninggal dunia ketika semasa kecil lagi.
Ahlul Kitab Orang yang beragama Yahudi dan Nasrani yang masih mengamalkan ajaran lama mereka sesudah kebangkitan Nabi s.a.w. dan mereka dihukumkan kafir kerana tidak mengikut syariat Nabi s.a.w. Hukum-hukum yang berkaitan dengan mereka ialah orang Islam yang halal berkahwin dengan perempuan mereka dan sembeliha...
Abdullah Bin Salam Seorang yang berbangsa Yahudi daripada Bani Qainuqak di Madinah. Beliau memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan banyak menceritakan kisah Israiliyat.
Abdullah Bin Ubai Seorang yang berbangsa Yahudi dan ketua Munafik di Madinah semasa zaman Rasulullah s.a.w. Golongan ini berpura-pura solat dan melakukan ibadat-ibadat lain, bersama-sama orang Islam yang lain untuk mencari pengaruh. Namun sebenarnya mereka adalah musuh dalam selimut yang sentiasa menunggu peluang unt...
Abrahah Seorang gabenor negeri Yaman yasng beragama Kristian semasa datuk Rasulullah s.a.w., Abdul Mutalib memerintah Mekah. Abrahah berasa iri hati apabila mengetahui banyak orang yang telah mengunjungi Kaabah di Mekah.lalu beliau mendirikan sebuah gereja yang menyerupai Kaabah di Yaman. Oleh sebab tindaka...
Abu Hanifah Seorang yang sangat alim dalam pengajian Islam, terutamanya dalam bidang Feqah. Beliau adalah pengasas mazhab Hanafi. Nama sebenarnya ialah Nukman bin Sabit. Beliau juga saudagar yang jujur dan telah meninggal dunia pada tahun 80 Hijrah.
Abu Ubaidah Al-Jarah Seorang daripada sahabat sepuluh sahabat Rasulullah s.a.w. yang dijanjikan masuk syurga.Beliau juga merupakan seorang panglima Islam yang berani, berperang bersama Rasulullah s.a.w dalam semua peperangan. Panglima yang sangat berjasa mengembangkan agama Islam dan menawan negeri Syam, Hims dan Aleppo...
Abu Zar Al-Ghifari Seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bersikap tegas ketika memperjuangkan kebenaran dan hak. Cara hidupnya yang sederhana, tidak mementingkan kesenangan dunia. Sebaliknya sentiasa berusaha menyuburkan keimanan kepada Allah S.W.T.
Adam (Nabi) Seorang nabi dan rasul pilihan yang dijadikan oleh Allah S.W.T. daripada unsur tanah. Daripada Adam Dan Hawalah asal keturunan manusia yang ada sekarang. Setelah Allah S.W.T. menjadikan Nabi Adam, Allah S.W.T. telah menyuruh semua malaikat dan iblis menghormatinya. Namun iblis enggan menurut perinta...
Al-Bazzar Seorang yang alim dalam ilmu hadis dan penghafaz al-Quran yang terkenal. Namanya Muhammad bin Amir, berasal dari Basrah, Iraq dan meninggal dunia pada tahun 290 Hijrah.
Al-Faruq Gelaran yang diberikan kepada Umar Al-Khattabkerana siakp beliau yang tegas dalam membezakan yang hak dan yang batil.
Amirul Mukminin Gelaran yang diberiakn kepada pemerintah-pemerintah Islam di zaman dahulu.Ertinya ialah perintah bagi seluruh umat Islam. Saidina Umar al- Khattab adalah orang yang pertama menerima gelaran itu.
Amirul Umarak Gelaran pemerintah orang Islam dahulu yang bermaksud raja bagi segala raja.
Amru Bin Al-As Seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkemuka. Namanya Abdullah Amru bin Al-As. Beliau memeluk Islam pada tahun ketujuh Hijrah ketika dibuat perjanjian Hudaibiyah. Panglima Islam yang berani dan bijak. Dan banyak berjasa kepada dakwah Islam serta setanding dengan Khalid bin Walid. Beliau juga mer...
Anas Bin Malik Seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang telah lama berkhidmat sebagai khadam. Setelah Rasulullah wafat beliau berpindah ke Basrah dan mengajar agama di sana. Beliau banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w. seperti yang terkumpul di dalam Musnad Ahmad.
Ansar Gelaran kepada sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang terdiri daripada orang Madinah. Mereka berjuang bersama-sama Baginda untuk menegakkan Islam dan menolong orang-orang Muhajirin pada permulaan Hijrah sehingga terdirinya negara Islam.
Baihaqi Seorang Imam Hadis yang masyhur berasal dari Khurasan. Namanya Abu bakar bin Husain. Beliau orang yang kuat mempertahankan pendapat mazhab Shafie. Beliau dilahirkan pada 994 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 1066 Masihi.
Bairuni Seorang yang alim dalam banyak bidang ilmu pengetahuan seperti dalam bidang ilmu falak, kedoktoran dan lain-lain lagi. Beliau adalah orang Parsi yang banyak menulis kitab ilmiyah dalam bahasa Arab.

Indeks Kamus Agama Islam

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z