Arti Kata "Abu Talib" menurut Kamus Agama Islam

Pranala (link): https://www.maknaa.com/agama-islam/abu-talib

Halaman ini menjelaskan Arti Kata Abu Talib menurut Kamus Agama Islam.

No Kata Arti
1 Abu Talib Bapa saudara Rasulullah s.a.w. dan bapa kepada Saidina Ali. Beliau memimpin keluarga Bani Hasyim yang disegani oleh orang Quraisy dan pelindung kepada Rasulullah s.a.w. daripada ancaman musuh. Setelah beliau wafat, orang Quraisy berani mengancam Rasulullah s.a.w. sehingga mahu membunuh baginda.

Lebih lanjut mengenai Abu Talib

Abu Talib terdiri dari 2 kata. Kata tersebut mempunyai 12 kata terkait yakni sebagai berikut:

Bani Quraizah Salah satu suku bangsa Yahudi yang mendiami Madinah sebelum Nabi s.a.w. berhijrah. Dalam masa orang Islam menghadapi perang Khandak, mereka selalu berkhianat menyebelahi musuh, walaupun mereka masih dalam perjanjian bersama-sama mempetahankan negara Madinah daripada ancaman musuh. Sebaik saja selesa...
Keluarga Muhammad 1.Golongan Bani Hasyim dan Bani Mutholib yang tidak diperbolehkan menerima zakat, 2.Anak cucu dan para istrinya, 3. Umat dan pengikutnya sampai hari kiamat, 4.Golongan yang taqwa diantara umatnya.  
Bani Israel satu bangsa yang berasal daripada keturunan Nabi Allah Yaakub a.s. atau yang terkenal dengan panggilan Yahudi. Mereka pada mulanya kaum yang banyak dikurniakan nikmat dan dibangkitkan beberapa orang rasul daripada mereka. Namun disebabkab mereka angkuh, mereka menerima kutukan Allah S.W.T. Israel be...
Bani Umaiyah Sebuah pemerintah Islam selepas pemerintahan Khulafa' al-Rashidin. Berpusat di Damsyik. Pemerintahannya bermula pada tahun 40 Hijrah hingga 132 Hijrah. Khalifah yang pertama bernama Muawiyah bin Abu Suffian dan yang terakhir bernama Marwan bin Muhammad iaitu seramai 14 orang. Umaiyah diambil sempena...
Abu Talib Bapa saudara Rasulullah s.a.w. dan bapa kepada Saidina Ali. Beliau memimpin keluarga Bani Hasyim yang disegani oleh orang Quraisy dan pelindung kepada Rasulullah s.a.w. daripada ancaman musuh. Setelah beliau wafat, orang Quraisy berani mengancam Rasulullah s.a.w. sehingga mahu membunuh baginda.
Ahlul Bait Keluarga Nabi s.a.w. yang terdiri daripada Bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim. Golongan ini tidak boleh menerima harta zakat.
Ali Bin Abi Talib Beliau telah dilahirkan di Mekah kira-kira 23 tahun sebelum Hijrah. Beliau adalah kanak-kanak yang mula-mula memeluk agama Islam, anak angkat dan menantu Rasulullah s.a.w. Beliau seorang yang luas ilmu pengetahuan, cerdas berfikir, panglima yang gagah perkasa serta digelar Karamullahu Wajhah dan jug...
Hamzah Bin Abd. Mutalib Bapa saudara nabi s.a.w. yang banyak membantu dalam menegakkan agama Islam pada peringkat permulaan. Beliau sangat tangkas dalam peperangan sehingga digelar Singa Allah dan terlorban dalam perang Uhud kerana dibunuh oleh Wahsyi. Beliau gugur sebagai Saiyidul-Syuhada'.
Ja'Afar Bin Abu Talib Beliau adalah anak kepada Abu Talib dan sepupu kepada Nabi s.a.w. Beliau memeluk Islam dam telah mati syahid ketika menentang Rome yang mempunyai bilangan tentera berlipat kali ganda daripada tentera Islam di dalam peperangan Muktah.
Khaal Saudara lelaki ibu.
Khaalah Saudara perempuan ibu
Ukht Saudara perempuan

Kata yang mirip

No Kata Arti
1 Abdul Bar Namanya ialah Yusuf. Beliau adalah seorang perawi dan pengkaji ilmu hadis yang masyhur.
2 Abdullah Bin Rawahah Jurutulis Rasulullah s.a.w. dan panglima Islam yang berani. Beliau gugur dan mati syahid ketika menentang tentera Rome dalam peperangan Muktah yang mana tentera mereka tujuh kali ganda lebih banyak daripada tentera Islam.
3 Abdullah Bin Sabak Pendeta Yahudi yang telah memeluk agama Islam. Beliau berjaya mempengaruhi banyak orang Islam supaya bencikan pemerintahan Khalifah Usman bin Affan dan mengagung-agungkan Saidina Ali dengan cara melebih-lebihkannya. Tujuannya ialah memecah-belahkan perpaduan Islam. Beliau jugalah yang membangkitkan...
4 Abdullah Bin Salam Seorang yang berbangsa Yahudi daripada Bani Qainuqak di Madinah. Beliau memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan banyak menceritakan kisah Israiliyat.
5 Abdullah Bin Ubai Seorang yang berbangsa Yahudi dan ketua Munafik di Madinah semasa zaman Rasulullah s.a.w. Golongan ini berpura-pura solat dan melakukan ibadat-ibadat lain, bersama-sama orang Islam yang lain untuk mencari pengaruh. Namun sebenarnya mereka adalah musuh dalam selimut yang sentiasa menunggu peluang unt...
6 Abdullah Bin Umar Putera sulung Saidina Umar Al-Khattab. Beliau memeluk Islam ketiak berusia lapan tahun. Beliau sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkenal dan dihormati. Beliau sangat kuat beribadat kepada Allah dan perawi hadis dan telah meninggal dunia pada usia 84 tahun di Mekah.

Indeks Kamus Agama Islam

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z