Arti Kata "Ahlul Kitab" menurut Kamus Agama Islam

Pranala (link): https://www.maknaa.com/agama-islam/ahlul-kitab

Halaman ini menjelaskan Arti Kata Ahlul Kitab menurut Kamus Agama Islam.

No Kata Arti
1 Ahlul Kitab Orang yang beragama Yahudi dan Nasrani yang masih mengamalkan ajaran lama mereka sesudah kebangkitan Nabi s.a.w. dan mereka dihukumkan kafir kerana tidak mengikut syariat Nabi s.a.w. Hukum-hukum yang berkaitan dengan mereka ialah orang Islam yang halal berkahwin dengan perempuan mereka dan sembelihan mereka halal dimakan.

Lebih lanjut mengenai Ahlul Kitab

Ahlul Kitab terdiri dari 2 kata. Kata tersebut mempunyai 20 kata terkait yakni sebagai berikut:

Ajaran Sesat Fahaman agama yang salah dan bertentangan dengan agama Islam. Ajaran ini boleh memesongkan iktikad seseorang daripada ajaran yang betul contohnya ajaran Qadyani. Mengamalkan ajaran sesat boleh menyebabkan seseorang itu syirik dan kekal selama-lamanya di dalam neraka.
Ajnabi Orang lelaki dan perempuan yang halal berkahwin iaitu bukan muhrim. Mereka wajib menutup aurat dan dalam pergaulan yang terbatas.
Adam (Nabi) Seorang nabi dan rasul pilihan yang dijadikan oleh Allah S.W.T. daripada unsur tanah. Daripada Adam Dan Hawalah asal keturunan manusia yang ada sekarang. Setelah Allah S.W.T. menjadikan Nabi Adam, Allah S.W.T. telah menyuruh semua malaikat dan iblis menghormatinya. Namun iblis enggan menurut perinta...
Ayub (Nabi) Salah satu daripada 25 orang rasul pilihan dan nama mereka tercatat dalam al-Quran. Sesungguhnya Nabi Ayub a.s. banyak menempuh dugaan dugaan daripada Allah S.W.T. ketika berdakwah tetapi beliau tetap bersikap tenang dan sabar.
Daud (Nabi) Salah seorang daripada rasul pilihan. Nmanya Daud bin Ashiya, dilahirkan di Baitul Laham. Beliau dikurniakan kitab Zabur dan suaranya merdu bila membaca kitab Zabur. Beliau membunuh Raja Jalut yang zalim, kemudian beliau dilantik menjadi raja dan memerintah kaum Bani Israel dengan adil.
Harun (Nabi) Salah seorang daripada nabi dan rasul pilihan. Saudara daripada Nabi Musa a.s. dan menjadi pembantu kepadanya dalam menegakkan seruan agama Allah S.W.T.Beliau pernah memangku tugas Nabi Musa a.s. ketika beliau sedang bermunajat di Bukit Tursina.
Hidir (Nabi) Setengah ulama mengatakan Hidir itu nabi. Dan setengah pula mengatakan beliau hanya wali Allah S.W.T. Terdapat cerita-cerita rekaan yang mengatakan Hidir masih hidup hingga sekarang.
Idris (Nabi) Seorang daripada rasul pilihan. Nama penuhnya Idris bin Mahlil bin Thia bin Adam a.s. beliau orang yang mula mengetahui ilmu yang penting bagi manusia seperti jahit-menjahit, menulis dan sebagainya. Beliau diutuskan kepada keturunan Qabil yang menyembah berhala
Ilyas (Nabi) Salah seorang daripada rasul plihan. Diutuskan kepada satu kaum yang menyembah berhala di satu kawasan berhampiran dengan Lubnan. Oleh sebab kejahatan kaum itu melampaui batas, Nabi Ilyas a.s. dan pengikut-pengikutnya berpindah. Allah S.W.T. membinasakan kaum tersebut dengan gempa bumi yang dahsyat.
A'Rabi Orang arab yang mendiami di pendalaman padang pasir. Mereka hidup cara kuno, berkelompok- kelompok dan berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain, kerana mencari tempat yang sesuai untuk ternakan mereka.
Ahlul Hilli Wal Aqdi Mereka yang menganggotai sebuah badan perundingan yang dilantik oleh pemerintah untuk menentukan keputusan hukum mengenai sesuatu masalah yang berlaku yang tidak terdapat dalam al- Quran dan Hadis secara terperinci.
Ahlul Kitab Orang yang beragama Yahudi dan Nasrani yang masih mengamalkan ajaran lama mereka sesudah kebangkitan Nabi s.a.w. dan mereka dihukumkan kafir kerana tidak mengikut syariat Nabi s.a.w. Hukum-hukum yang berkaitan dengan mereka ialah orang Islam yang halal berkahwin dengan perempuan mereka dan sembeliha...
Ahlul Quran Orang yang arif dalam pembacaan Al-Quran dan isinya serta tafsir kitab Al-Quran.
Akil Baligh Orang yang sudah cukup umur dan berfikiran waras atau orang mukalaf. Mereka diwajibkan mengerjakan suruhan Allah S.W.T. dan menjauhi segala laranganNya. Cukup umur bagi kanak-kanak perempuan ialah apabila genap berumur dua belas tahun atau kedatangan haid. Dan kanak-kanak lelaki pula ialah 15 tahun...
Badwi Orang Badwi adalah panggilan bagi orang Arab yang tingggal di pendalaman padang pasir atau mereka yang tinggal jauh dari bandar. Cara kehidupan mereka berbeza dengan cara orang Hadhari.
Fakir Orang yang berhajat kepada pertoongan. Contohnya manusia fakir kepada Allah S.W.T. 2- Orang yan tida pendapatan langsung dan tiada menanggung nafkahnya. Orang ini tidak diwajibkan membayar zakat tetapi layak menerima zakat.
Faqih Orang yang mahir dalam ilmu feqah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara tersebut.
Fasik Orang yang melakukan dosa besar tanpa betaubat. Atau orang yang melakukan dosa kecil yang berlarutan dan orang yang melakukan kejahatan sesama manusia.
Fuqaha' Mereka yang sangat alim dalam ilmu feqah dan yang berhubung dalam perkara itu.
Gharim orang yang terhutang untuk membelanjakan sesuatu yang baik dan tidak mampu membayarnya. Orang ini layak menerima zakat harta.

Indeks Kamus Agama Islam

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z