Arti Kata "Akil Baligh" menurut Kamus Agama Islam

Pranala (link): https://www.maknaa.com/agama-islam/akil-baligh

Halaman ini menjelaskan Arti Kata Akil Baligh menurut Kamus Agama Islam.

No Kata Arti
1 Akil Baligh Orang yang sudah cukup umur dan berfikiran waras atau orang mukalaf. Mereka diwajibkan mengerjakan suruhan Allah S.W.T. dan menjauhi segala laranganNya. Cukup umur bagi kanak-kanak perempuan ialah apabila genap berumur dua belas tahun atau kedatangan haid. Dan kanak-kanak lelaki pula ialah 15 tahun atau bermimpi sebelumnya.

Lebih lanjut mengenai Akil Baligh

Akil Baligh terdiri dari 2 kata. Kata tersebut mempunyai 20 kata terkait yakni sebagai berikut:

Wali Allah Orang yang beriman dan selalu bertakwa, taat, patuh, dan dekat kepada Allah.
Karamallah Wajhah Gelaran yang diberikan kepada Saidina Ali. Gelaran ini bererti Allah memuliakannya kerana ia belum pernah menyembah berhala walau pun sebelum Islam.
Kitab Allah hukum dan peraturan hidup yang diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui rasul-rasulNya untuk menjadi panduan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Kitab-kitab Allah S.W.T. ialah Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
A'Rabi Orang arab yang mendiami di pendalaman padang pasir. Mereka hidup cara kuno, berkelompok- kelompok dan berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain, kerana mencari tempat yang sesuai untuk ternakan mereka.
Ahlul Hilli Wal Aqdi Mereka yang menganggotai sebuah badan perundingan yang dilantik oleh pemerintah untuk menentukan keputusan hukum mengenai sesuatu masalah yang berlaku yang tidak terdapat dalam al- Quran dan Hadis secara terperinci.
Ahlul Kitab Orang yang beragama Yahudi dan Nasrani yang masih mengamalkan ajaran lama mereka sesudah kebangkitan Nabi s.a.w. dan mereka dihukumkan kafir kerana tidak mengikut syariat Nabi s.a.w. Hukum-hukum yang berkaitan dengan mereka ialah orang Islam yang halal berkahwin dengan perempuan mereka dan sembeliha...
Ahlul Quran Orang yang arif dalam pembacaan Al-Quran dan isinya serta tafsir kitab Al-Quran.
Ajnabi Orang lelaki dan perempuan yang halal berkahwin iaitu bukan muhrim. Mereka wajib menutup aurat dan dalam pergaulan yang terbatas.
Akil Baligh Orang yang sudah cukup umur dan berfikiran waras atau orang mukalaf. Mereka diwajibkan mengerjakan suruhan Allah S.W.T. dan menjauhi segala laranganNya. Cukup umur bagi kanak-kanak perempuan ialah apabila genap berumur dua belas tahun atau kedatangan haid. Dan kanak-kanak lelaki pula ialah 15 tahun...
Badwi Orang Badwi adalah panggilan bagi orang Arab yang tingggal di pendalaman padang pasir atau mereka yang tinggal jauh dari bandar. Cara kehidupan mereka berbeza dengan cara orang Hadhari.
Fakir Orang yang berhajat kepada pertoongan. Contohnya manusia fakir kepada Allah S.W.T. 2- Orang yan tida pendapatan langsung dan tiada menanggung nafkahnya. Orang ini tidak diwajibkan membayar zakat tetapi layak menerima zakat.
Faqih Orang yang mahir dalam ilmu feqah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara tersebut.
Fasik Orang yang melakukan dosa besar tanpa betaubat. Atau orang yang melakukan dosa kecil yang berlarutan dan orang yang melakukan kejahatan sesama manusia.
Fuqaha' Mereka yang sangat alim dalam ilmu feqah dan yang berhubung dalam perkara itu.
Gharim orang yang terhutang untuk membelanjakan sesuatu yang baik dan tidak mampu membayarnya. Orang ini layak menerima zakat harta.
Haji Qiran Mengerjakan haji dan umrah dalam satu niat. Diwajibkan membayar denda (dam).
Hajib Orang yang kedudukannya menghalangi orang lain beroleh harta warisan, atau mengurangi perolehan warisan orang lain. Misalnya Bapak menghalangi perolehan waris kakek, anak menghalangi perolehan waris
Hakim Orang yang memutuskan pertikaian/persengketaan antara dua orang atau lebih.
Hunafa (Lurus) orang-orang saleh yang tidak mau mengikuti segala perilaku kotor dan tata   cara peribadatan jahiliyah
Ibnus Sabil Orang-orang musafir yang bertujuan untuk kebaikan yang baginya berhak diberi zakat.

Indeks Kamus Agama Islam

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z