Arti Kata "Dakwah" menurut Kamus Agama Islam

Pranala (link): https://www.maknaa.com/agama-islam/dakwah

Halaman ini menjelaskan Arti Kata Dakwah menurut Kamus Agama Islam.

No Kata Arti
1 Dakwah Satu usaha mengajak orang ramai mengerjakan kebajikan dan meningngalkan segala kemungkaran. Usaha dakwah sangat mulia. Otrang yang berdakwah dianggap menyambung tugas Rasulullah s.a.w. tetapi hendaklah dijalankan dengan bijak supaya tidak memaksa orang lain.

Lebih lanjut mengenai Dakwah

Dakwah terdiri dari 1 kata. Kata tersebut mempunyai 20 kata terkait yakni sebagai berikut:

Dakwah Satu usaha mengajak orang ramai mengerjakan kebajikan dan meningngalkan segala kemungkaran. Usaha dakwah sangat mulia. Otrang yang berdakwah dianggap menyambung tugas Rasulullah s.a.w. tetapi hendaklah dijalankan dengan bijak supaya tidak memaksa orang lain.
A'Rabi Orang arab yang mendiami di pendalaman padang pasir. Mereka hidup cara kuno, berkelompok- kelompok dan berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain, kerana mencari tempat yang sesuai untuk ternakan mereka.
Ahlul Kitab Orang yang beragama Yahudi dan Nasrani yang masih mengamalkan ajaran lama mereka sesudah kebangkitan Nabi s.a.w. dan mereka dihukumkan kafir kerana tidak mengikut syariat Nabi s.a.w. Hukum-hukum yang berkaitan dengan mereka ialah orang Islam yang halal berkahwin dengan perempuan mereka dan sembeliha...
Ahlul Quran Orang yang arif dalam pembacaan Al-Quran dan isinya serta tafsir kitab Al-Quran.
Ajnabi Orang lelaki dan perempuan yang halal berkahwin iaitu bukan muhrim. Mereka wajib menutup aurat dan dalam pergaulan yang terbatas.
Akil Baligh Orang yang sudah cukup umur dan berfikiran waras atau orang mukalaf. Mereka diwajibkan mengerjakan suruhan Allah S.W.T. dan menjauhi segala laranganNya. Cukup umur bagi kanak-kanak perempuan ialah apabila genap berumur dua belas tahun atau kedatangan haid. Dan kanak-kanak lelaki pula ialah 15 tahun...
Al-Haiyu Satu daripada nama Allah (al-asma' al-husna) yang bermaksud yang hidup selama-lamanya dan tidak akan mati.
Al-Hakam Satu daripada nama Allah S.W.T. yang wajib kita percayai. Bererti Yang Maha Menentukan Hukuman perkara-perkara yang berlaku ke atas makhluknya dan tiada siapa yang dapat menghalang. Sesiapa yang berzikir Ya hakam pada tengah malam dalam keadaan suci dan khusyuk sebanyak 68 kali, Allah S.W.T. akan me...
Al-Hakim Satu daripada nama Allah S.W.T. (al-asma' al-husna) yang bermaksud yang Maha Bijaksana.Tiap-tiap sesuatu ciptaanNya mempunyai tujuan yang tidak sia-sia. Jika dibaca 300 kali Ya hakim tiap-tiap hari, akan dibuka pintu hikmat dan dijauhkan segala yang memudaratkan dengan izin Allah S.W.T.
Al-Khabir Satu daripada nama Allah S.W.T. (al-asma al-husna) yang bererti Yang Amat Mengetahui dengan seluas-luas akan hakikat sesuatu daripada perkara besar hingga kepada perkara-perkara kecil. Sesiapa yang berzikir Ya Khabir sebanyak 812 kali tiap-tiap hari selama seminggu, akan datang khabar yang dikehenda...
Al-Khaliq Satu daripada nama Allah (al-asma al-husna) yang bererti pencipta segala makhluk. Sesiapa yang berzikir Ya khaliq sebanyak 731 kali, Allah S.W.T. akan menerangkan mata hatinya.
Alif Lam Qamariah Satu daripada istilah hukum tajwid iaitu tiap-tiap alif lam yang ada pada awal kalimah yang bermula dengan huruf-huruf berikut- alif, ba, jim, ha, ho, ain, ghin, fa, kob. Kaf, mim, wau, ha dan ya. Hukum bacaannya ialah hendaklah dibaca dengan jelas bunyi lam mati .
Alif Lam Syamsiah Satu daripada istilah hukum tajwid. Iaitu tiap-tiap alif lam yang ada pada awal kalimah yang bermula dengan huruf-huruf berikut- ta, sa, dal,zal, ra, zai, sin, syim, sod, dhot, to, zo, lam, nun. Hukum bacaannya ialah bunyi lam mati dihilangkan dan huruf alif disabdukan kepada huruf yang berikutnya.
Amal Salih Usaha-usaha yang baik dan berfaedah. Sama ada untuk diri sendiri, keluarga, agama dan negara. Misalnya melakukan ibadat solat, membantu keluarga yang susah dan sebagainya. Mereka yang beriman serta beramal salih saja yang masuk ke dalam syurga kelak.
Azlam Satu cara zaman Jahiliyah mencabut undi bagi menentukan urusan mereka hendak melakukan pekerjaan penting. Kalau undian itu menunjukkan kejayaan, ia akan melakukannya jika tidak urusan itu ditangguhkan.
Badwi Orang Badwi adalah panggilan bagi orang Arab yang tingggal di pendalaman padang pasir atau mereka yang tinggal jauh dari bandar. Cara kehidupan mereka berbeza dengan cara orang Hadhari.
Baha' Satu mazhab daripada Syiah. Pengasasnya Mirza Hussain Baha' Ullah yang mengaku dirinya Imam Mahdi. Diantara ajaran mazhab Baha' ialah agama Islam, Yahudi dan Kristian itu semua adalah benar dan hendaklah disatukan dan rasul-rasul itu penjelmaan Tuhan. Fahaman ini adalah salah mengikut Islam yang seb...
Baitulmal Satu jabatan kewangan di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan adat istiadat orang Melayu tiap-tiap negeri di Malaysia. Jabatan ini ditugaskan mengendalikan kewangan seperti memungut hasil zakat dan lain-lain serta membahagi-bahagikan perbelanjaan kepada badan kebajikan yang berhubung den...
Bani Israel satu bangsa yang berasal daripada keturunan Nabi Allah Yaakub a.s. atau yang terkenal dengan panggilan Yahudi. Mereka pada mulanya kaum yang banyak dikurniakan nikmat dan dibangkitkan beberapa orang rasul daripada mereka. Namun disebabkab mereka angkuh, mereka menerima kutukan Allah S.W.T. Israel be...
Fakir Orang yang berhajat kepada pertoongan. Contohnya manusia fakir kepada Allah S.W.T. 2- Orang yan tida pendapatan langsung dan tiada menanggung nafkahnya. Orang ini tidak diwajibkan membayar zakat tetapi layak menerima zakat.

Kata yang mirip

No Kata Arti
1 Mudda’I (Pendakwa) Orang yang meminta hak.

Indeks Kamus Agama Islam

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z