Arti Kata "Dalil" menurut Kamus Agama Islam

Pranala (link): https://www.maknaa.com/agama-islam/dalil

Halaman ini menjelaskan Arti Kata Dalil menurut Kamus Agama Islam.

No Kata Arti
1 Dalil Keterangan yang menunjukkan kepada sesuatu atau ayat al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. yang menjadi sumber terbit hukum syarak.

Lebih lanjut mengenai Dalil

Dalil terdiri dari 1 kata. Kata tersebut mempunyai 20 kata terkait yakni sebagai berikut:

Hadis Perbuatan, perkataan atau ikrar Rasulullah s.a.w. Hadis juga dikenali sebagai As-Sunnah. Hadis bermacam darjat, ada hadis sahih dan ada hadis dhaif.Di dalam perundangan, hadis menjadi sumber hukum selepas Al-Quran.
Ayat Sajadah Ayat-ayat al-Quran yang disunatkannya kita melakukan sujud apabila kita membacanya sama ada kita dalam keadaan solat atau di luar solat. Terdapat 14 tempat di dalam al-Quran. Sujud ini dinamakan sujud sajadah atau sujud tilawah.
Hadis Qudsi Hadis yang mana ertinya daripada Allah S.W.T. dan lafaznya disusun oleh Rasulullah s.a.w.
Muhkam-Ayat Ayat yang terang, tegas maksudnya dan dapat dipahami dengan mudah.
Adam (Nabi) Seorang nabi dan rasul pilihan yang dijadikan oleh Allah S.W.T. daripada unsur tanah. Daripada Adam Dan Hawalah asal keturunan manusia yang ada sekarang. Setelah Allah S.W.T. menjadikan Nabi Adam, Allah S.W.T. telah menyuruh semua malaikat dan iblis menghormatinya. Namun iblis enggan menurut perinta...
Ahlul Quran Orang yang arif dalam pembacaan Al-Quran dan isinya serta tafsir kitab Al-Quran.
Ayub (Nabi) Salah satu daripada 25 orang rasul pilihan dan nama mereka tercatat dalam al-Quran. Sesungguhnya Nabi Ayub a.s. banyak menempuh dugaan dugaan daripada Allah S.W.T. ketika berdakwah tetapi beliau tetap bersikap tenang dan sabar.
Daud (Nabi) Salah seorang daripada rasul pilihan. Nmanya Daud bin Ashiya, dilahirkan di Baitul Laham. Beliau dikurniakan kitab Zabur dan suaranya merdu bila membaca kitab Zabur. Beliau membunuh Raja Jalut yang zalim, kemudian beliau dilantik menjadi raja dan memerintah kaum Bani Israel dengan adil.
Gharibul-Quran Satu ilmu yang khusus membicarakan dan menerangkan erti perkatan ganjil yang terdapat di dalam Al-Quran.
Harun (Nabi) Salah seorang daripada nabi dan rasul pilihan. Saudara daripada Nabi Musa a.s. dan menjadi pembantu kepadanya dalam menegakkan seruan agama Allah S.W.T.Beliau pernah memangku tugas Nabi Musa a.s. ketika beliau sedang bermunajat di Bukit Tursina.
Hayati Menggunakan sesuatu dengan berterusan atau menjadikan sesuatu sebagai amalan biasa.
Hidayat pimpinan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada sesiapa yang dikehendakinya untuk mencapai jalan yang lurus dan benar.
Hidir (Nabi) Setengah ulama mengatakan Hidir itu nabi. Dan setengah pula mengatakan beliau hanya wali Allah S.W.T. Terdapat cerita-cerita rekaan yang mengatakan Hidir masih hidup hingga sekarang.
Idris (Nabi) Seorang daripada rasul pilihan. Nama penuhnya Idris bin Mahlil bin Thia bin Adam a.s. beliau orang yang mula mengetahui ilmu yang penting bagi manusia seperti jahit-menjahit, menulis dan sebagainya. Beliau diutuskan kepada keturunan Qabil yang menyembah berhala
Ilyas (Nabi) Salah seorang daripada rasul plihan. Diutuskan kepada satu kaum yang menyembah berhala di satu kawasan berhampiran dengan Lubnan. Oleh sebab kejahatan kaum itu melampaui batas, Nabi Ilyas a.s. dan pengikut-pengikutnya berpindah. Allah S.W.T. membinasakan kaum tersebut dengan gempa bumi yang dahsyat.
Ajnabi Orang lelaki dan perempuan yang halal berkahwin iaitu bukan muhrim. Mereka wajib menutup aurat dan dalam pergaulan yang terbatas.
Lahwul-Hadis Percakapan kosong yang sia-sia sahaja.
Adat Sesuatu perkara yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat melakukannya. Ada adat yang menentang ajaran agama Islan dan ada yang tidak.
Batil Sesuatu pekerjaan yang tidak benar atau palsu, lawannya hak (yang sebenar). Ajaran agama Allah S.W.T. adalah ajaran yang hak dan ajaran agama lain adalah ajaran batil.
Dalil Keterangan yang menunjukkan kepada sesuatu atau ayat al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. yang menjadi sumber terbit hukum syarak.

Indeks Kamus Agama Islam

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z