Arti Kata "Daud (Nabi)" menurut Kamus Agama Islam

Pranala (link): https://www.maknaa.com/agama-islam/daud-nabi

Halaman ini menjelaskan Arti Kata Daud (Nabi) menurut Kamus Agama Islam.

No Kata Arti
1 Daud (Nabi) Salah seorang daripada rasul pilihan. Nmanya Daud bin Ashiya, dilahirkan di Baitul Laham. Beliau dikurniakan kitab Zabur dan suaranya merdu bila membaca kitab Zabur. Beliau membunuh Raja Jalut yang zalim, kemudian beliau dilantik menjadi raja dan memerintah kaum Bani Israel dengan adil.

Lebih lanjut mengenai Daud (Nabi)

Daud (Nabi) terdiri dari 2 kata. Kata tersebut mempunyai 20 kata terkait yakni sebagai berikut:

Daud (Nabi) Salah seorang daripada rasul pilihan. Nmanya Daud bin Ashiya, dilahirkan di Baitul Laham. Beliau dikurniakan kitab Zabur dan suaranya merdu bila membaca kitab Zabur. Beliau membunuh Raja Jalut yang zalim, kemudian beliau dilantik menjadi raja dan memerintah kaum Bani Israel dengan adil.
Baitul Atiq Nama bagi Kaabah bererti rumah kemerdekaan. Kadang-kadang juga disebut Baitullah-Alharam kerana terletak ditengah-tengah tanah haram di Mekah.
Baitul Makmur Sebuah tempat yang terletak di langit yang kutujuh. Nabi s.a.w. pernah menemui Nabi Ibrahim di Baitul Makmur pada malam Israk Mikraj. Ia menjadi kiblat bagi para malaikat di langit dan dikatakan kedudukannya setentang dengan Kaabah di bumi.
Kitab Allah hukum dan peraturan hidup yang diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui rasul-rasulNya untuk menjadi panduan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Kitab-kitab Allah S.W.T. ialah Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Baitulmal Satu jabatan kewangan di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan adat istiadat orang Melayu tiap-tiap negeri di Malaysia. Jabatan ini ditugaskan mengendalikan kewangan seperti memungut hasil zakat dan lain-lain serta membahagi-bahagikan perbelanjaan kepada badan kebajikan yang berhubung den...
Abu Daud Ulama hadis yang terkenal. Dilahirkan di Iraq. Namanya Sulaiman bin Al-Asy'as dan hidup di kurun ketiga Hijrah. Kitabnya yang bernama Sunan Abi Daud dianggap kitab ketiga yang terpenting selepas Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dalam bidang ilmu hadis.
Ahlul Kitab Orang yang beragama Yahudi dan Nasrani yang masih mengamalkan ajaran lama mereka sesudah kebangkitan Nabi s.a.w. dan mereka dihukumkan kafir kerana tidak mengikut syariat Nabi s.a.w. Hukum-hukum yang berkaitan dengan mereka ialah orang Islam yang halal berkahwin dengan perempuan mereka dan sembeliha...
Abdullah Bin Salam Seorang yang berbangsa Yahudi daripada Bani Qainuqak di Madinah. Beliau memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan banyak menceritakan kisah Israiliyat.
Abdullah Bin Ubai Seorang yang berbangsa Yahudi dan ketua Munafik di Madinah semasa zaman Rasulullah s.a.w. Golongan ini berpura-pura solat dan melakukan ibadat-ibadat lain, bersama-sama orang Islam yang lain untuk mencari pengaruh. Namun sebenarnya mereka adalah musuh dalam selimut yang sentiasa menunggu peluang unt...
Abrahah Seorang gabenor negeri Yaman yasng beragama Kristian semasa datuk Rasulullah s.a.w., Abdul Mutalib memerintah Mekah. Abrahah berasa iri hati apabila mengetahui banyak orang yang telah mengunjungi Kaabah di Mekah.lalu beliau mendirikan sebuah gereja yang menyerupai Kaabah di Yaman. Oleh sebab tindaka...
Abu Hanifah Seorang yang sangat alim dalam pengajian Islam, terutamanya dalam bidang Feqah. Beliau adalah pengasas mazhab Hanafi. Nama sebenarnya ialah Nukman bin Sabit. Beliau juga saudagar yang jujur dan telah meninggal dunia pada tahun 80 Hijrah.
Abu Hurairah Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. dan telah memeluk Islam pada tahun ke-7 Hijrah. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Sakhar, beliau banyak menghabiskan masanya dengan mendampingi Rasulullah s.a.w. Seorang yang kuat ingatan dalam menghafaz hadis dan banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulu...
Abu Lahab Salah seorang bapa saudara Nabi s.a.w . Dan namanya yang sebenar ialah Abdul Uzza. Beliau sangat memusuhi Rasulullah s.a.w. dan menentang dakwah Islam sehingga diturunkah surah Al-Lahab (lidah api). Surah ini mencela Abu Lahab bersama isterinya dan kedua-duanya akan dikenakan api neraka yang dahsyat...
Abu Ubaidah Al-Jarah Seorang daripada sahabat sepuluh sahabat Rasulullah s.a.w. yang dijanjikan masuk syurga.Beliau juga merupakan seorang panglima Islam yang berani, berperang bersama Rasulullah s.a.w dalam semua peperangan. Panglima yang sangat berjasa mengembangkan agama Islam dan menawan negeri Syam, Hims dan Aleppo...
Abu Zar Al-Ghifari Seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bersikap tegas ketika memperjuangkan kebenaran dan hak. Cara hidupnya yang sederhana, tidak mementingkan kesenangan dunia. Sebaliknya sentiasa berusaha menyuburkan keimanan kepada Allah S.W.T.
Adam (Nabi) Seorang nabi dan rasul pilihan yang dijadikan oleh Allah S.W.T. daripada unsur tanah. Daripada Adam Dan Hawalah asal keturunan manusia yang ada sekarang. Setelah Allah S.W.T. menjadikan Nabi Adam, Allah S.W.T. telah menyuruh semua malaikat dan iblis menghormatinya. Namun iblis enggan menurut perinta...
Aisyah Salah seorang isteri Nabi s.a.w. dan anak kepada Saidina Abu bakar. Berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. pada usia dua belas tahun. Beliau seorang yang bijak, kuat beribadat, menjadi rujukan para sahabat dan banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. Beliau digelar Ummul Mukminin.
Al-Bazzar Seorang yang alim dalam ilmu hadis dan penghafaz al-Quran yang terkenal. Namanya Muhammad bin Amir, berasal dari Basrah, Iraq dan meninggal dunia pada tahun 290 Hijrah.
Al-Ghaffar Salah satu daripada nama Allah S.W.T. (al-asma' al-husna). Yang bererti Maha Pengampun. Sesiapa yang membacanya seratus kali selepas solat Jumaat akan zahir baginya tanda keampunan dosa.
Al-Ghaffur Salah satu nama Allah S.W.T. (al-asma' al-husna) yang bererti Maha Mengampuni. Sesiapa yang membacanya ke atas orang yang sedang sakit seperti demem, Insya Allah dia akan sembuh.

Indeks Kamus Agama Islam

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z