Arti Kata "Ja'Afar Bin Abu Talib" menurut Kamus Agama Islam

Pranala (link): https://www.maknaa.com/agama-islam/jaafar-bin-abu-talib

Halaman ini menjelaskan Arti Kata Ja'Afar Bin Abu Talib menurut Kamus Agama Islam.

No Kata Arti
1 Ja'Afar Bin Abu Talib Beliau adalah anak kepada Abu Talib dan sepupu kepada Nabi s.a.w. Beliau memeluk Islam dam telah mati syahid ketika menentang Rome yang mempunyai bilangan tentera berlipat kali ganda daripada tentera Islam di dalam peperangan Muktah.

Lebih lanjut mengenai Ja'Afar Bin Abu Talib

Ja'Afar Bin Abu Talib terdiri dari 4 kata. Kata tersebut mempunyai 19 kata terkait yakni sebagai berikut:

Islam Agama Allah S.W.T. yang dibawa oleh Nabi s.a.w. untuk manusia sejagat. Semua manusia diperintah untuk mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan segala yang dilarang. Dasar agama Allah S.W.T. dari Nabi Adam a.s. sehingga Nabi s.a.w. tidak berubah iaitu bertuhankan Allah yang Maha Esa. Cuma yang berubah...
Anak Bulan Bulan yang berbentuk seperti bulan sabit, ianya boleh dilihat pada satu hari bulan. Orang Islam menentukan puasa dan Hari Raya dengan melihat anak bulan. Cara ini dikatakan cara rukyah.
Ali Bin Abi Talib Beliau telah dilahirkan di Mekah kira-kira 23 tahun sebelum Hijrah. Beliau adalah kanak-kanak yang mula-mula memeluk agama Islam, anak angkat dan menantu Rasulullah s.a.w. Beliau seorang yang luas ilmu pengetahuan, cerdas berfikir, panglima yang gagah perkasa serta digelar Karamullahu Wajhah dan jug...
Ja'Afar Bin Abu Talib Beliau adalah anak kepada Abu Talib dan sepupu kepada Nabi s.a.w. Beliau memeluk Islam dam telah mati syahid ketika menentang Rome yang mempunyai bilangan tentera berlipat kali ganda daripada tentera Islam di dalam peperangan Muktah.
Abu Talib Bapa saudara Rasulullah s.a.w. dan bapa kepada Saidina Ali. Beliau memimpin keluarga Bani Hasyim yang disegani oleh orang Quraisy dan pelindung kepada Rasulullah s.a.w. daripada ancaman musuh. Setelah beliau wafat, orang Quraisy berani mengancam Rasulullah s.a.w. sehingga mahu membunuh baginda.
Adam (Nabi) Seorang nabi dan rasul pilihan yang dijadikan oleh Allah S.W.T. daripada unsur tanah. Daripada Adam Dan Hawalah asal keturunan manusia yang ada sekarang. Setelah Allah S.W.T. menjadikan Nabi Adam, Allah S.W.T. telah menyuruh semua malaikat dan iblis menghormatinya. Namun iblis enggan menurut perinta...
Ayub (Nabi) Salah satu daripada 25 orang rasul pilihan dan nama mereka tercatat dalam al-Quran. Sesungguhnya Nabi Ayub a.s. banyak menempuh dugaan dugaan daripada Allah S.W.T. ketika berdakwah tetapi beliau tetap bersikap tenang dan sabar.
Daud (Nabi) Salah seorang daripada rasul pilihan. Nmanya Daud bin Ashiya, dilahirkan di Baitul Laham. Beliau dikurniakan kitab Zabur dan suaranya merdu bila membaca kitab Zabur. Beliau membunuh Raja Jalut yang zalim, kemudian beliau dilantik menjadi raja dan memerintah kaum Bani Israel dengan adil.
Hamzah Bin Abd. Mutalib Bapa saudara nabi s.a.w. yang banyak membantu dalam menegakkan agama Islam pada peringkat permulaan. Beliau sangat tangkas dalam peperangan sehingga digelar Singa Allah dan terlorban dalam perang Uhud kerana dibunuh oleh Wahsyi. Beliau gugur sebagai Saiyidul-Syuhada'.
Harun (Nabi) Salah seorang daripada nabi dan rasul pilihan. Saudara daripada Nabi Musa a.s. dan menjadi pembantu kepadanya dalam menegakkan seruan agama Allah S.W.T.Beliau pernah memangku tugas Nabi Musa a.s. ketika beliau sedang bermunajat di Bukit Tursina.
Hidir (Nabi) Setengah ulama mengatakan Hidir itu nabi. Dan setengah pula mengatakan beliau hanya wali Allah S.W.T. Terdapat cerita-cerita rekaan yang mengatakan Hidir masih hidup hingga sekarang.
Idris (Nabi) Seorang daripada rasul pilihan. Nama penuhnya Idris bin Mahlil bin Thia bin Adam a.s. beliau orang yang mula mengetahui ilmu yang penting bagi manusia seperti jahit-menjahit, menulis dan sebagainya. Beliau diutuskan kepada keturunan Qabil yang menyembah berhala
Ilyas (Nabi) Salah seorang daripada rasul plihan. Diutuskan kepada satu kaum yang menyembah berhala di satu kawasan berhampiran dengan Lubnan. Oleh sebab kejahatan kaum itu melampaui batas, Nabi Ilyas a.s. dan pengikut-pengikutnya berpindah. Allah S.W.T. membinasakan kaum tersebut dengan gempa bumi yang dahsyat.
Ajnabi Orang lelaki dan perempuan yang halal berkahwin iaitu bukan muhrim. Mereka wajib menutup aurat dan dalam pergaulan yang terbatas.
Hablul-Hablah Anak binatang yang masih dalam kandungan perut ibunya. Ia tidak sah dijual beli.
Hamlu Anak yang dikandung di dalam perut ibu.
Ibn/Walad Anak lelaki.
Ibnu Shulbi Anak lelaki kandung
Janin Anak yang berada dalam kandungan ibu tidak lebih dari tiga bulan.

Indeks Kamus Agama Islam

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z