Kata Awalan B Menurut Kamus Agama Islam

Pranala (link): https://www.maknaa.com/agama-islam

Indeks Kamus Agama Islam

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Tabel Kamus Agama Islam

No Kata Arti
1 Babus Salam Bererti pintu selamat. Nama salah satu pintu di Masjidil Haram di Mekah. Orang Quraisy telah menjadikan pintu itu untuk memilih seorang hakim bagi menyelesaikan perbalahan meletak semula batu Hajar Aswad. Didapati Nabi s.a.w. yang mula-mula masuk menerusi pintu Babus Salam beliau dilantik menjadi ha...
2 Bacaan Tadwir Bacaan al-Quran yang dibaca dengan sederhana, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat serta memelihara hukum tajwid dengan sempurna.
3 Badar Sebuah tempat di sebelah barat daya Madinah. Peperangan pertama diantara tentera Islam yang dipimpin Rasulullah s.a.w. menentang tentera Quraisy yang dipimpin ole Abu Sufyan telah berlaku di sini pada 17 Ramadan tahun Hijrah yang kedua.
4 Badwi Orang Badwi adalah panggilan bagi orang Arab yang tingggal di pendalaman padang pasir atau mereka yang tinggal jauh dari bandar. Cara kehidupan mereka berbeza dengan cara orang Hadhari.
5 Baghdad Sebuah bandar lama yang terletak di tebing sungai Dajlah dan menjadi ibu negara Iraq. Baghdad diasaskan oleh Khalifah al-Mansur dan dimodenkan oleh Khalifah Harun al-Rashid. Di sini banyak bekas pemerintahan purba dan kesan pemerintahan Islam.
6 Baha' Satu mazhab daripada Syiah. Pengasasnya Mirza Hussain Baha' Ullah yang mengaku dirinya Imam Mahdi. Diantara ajaran mazhab Baha' ialah agama Islam, Yahudi dan Kristian itu semua adalah benar dan hendaklah disatukan dan rasul-rasul itu penjelmaan Tuhan. Fahaman ini adalah salah mengikut Islam yang seb...
7 Bahimah Tabiat binatang yang mengikut saja kehendak hawa nafsu seperti makan ingin sekenyangnya dan mempunyai nafsu hina yang tidak terkawal. Orang yang tidak mepunyai iman selalu terdorong bersifat kebinatangan.
8 Bai'Ah Mengadakan sumpah setia atau membuat perjanjian dengan sesuatu pemerintahan atau kumpulan. Misalnya persetiaan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan orang Quraisy Mekah di Hudaibiyah yang dinamai Bai'atur Ridhwan.
9 Baihaqi Seorang Imam Hadis yang masyhur berasal dari Khurasan. Namanya Abu bakar bin Husain. Beliau orang yang kuat mempertahankan pendapat mazhab Shafie. Beliau dilahirkan pada 994 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 1066 Masihi.
10 Bailtullah Ertinya rumah Allah S.W.T. iaitu sebuah binaan yang terletak ditengah-tengah Masjidil Haram atau lebih dikenali dengan nama Kaabah.
11 Bairuni Seorang yang alim dalam banyak bidang ilmu pengetahuan seperti dalam bidang ilmu falak, kedoktoran dan lain-lain lagi. Beliau adalah orang Parsi yang banyak menulis kitab ilmiyah dalam bahasa Arab.
12 Baitul Atiq Nama bagi Kaabah bererti rumah kemerdekaan. Kadang-kadang juga disebut Baitullah-Alharam kerana terletak ditengah-tengah tanah haram di Mekah.
13 Baitul Makmur Sebuah tempat yang terletak di langit yang kutujuh. Nabi s.a.w. pernah menemui Nabi Ibrahim di Baitul Makmur pada malam Israk Mikraj. Ia menjadi kiblat bagi para malaikat di langit dan dikatakan kedudukannya setentang dengan Kaabah di bumi.
14 Baitulmal Satu jabatan kewangan di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan adat istiadat orang Melayu tiap-tiap negeri di Malaysia. Jabatan ini ditugaskan mengendalikan kewangan seperti memungut hasil zakat dan lain-lain serta membahagi-bahagikan perbelanjaan kepada badan kebajikan yang berhubung den...
15 Bakhil Bererti kedekut, tidak mahu membantu orang lain. Bakhil satu tabiat yang keji dan orang yang kedekut akan menerima seksa yang pedih di akhirat kelak.
16 Baligh Seorang yang sudah cukup umur atau dewasa. Kanak-kanak lelaki yang sudah cukup umur apabila berusia lima belas tahun dan kanak-kanak perempuan apabila genap dua belas tahun. Mereka yang baligh dipertanggung jawabkan hukum syarak kerana sudah dewasa; lihat juga akil baligh.
17 Bani Israel satu bangsa yang berasal daripada keturunan Nabi Allah Yaakub a.s. atau yang terkenal dengan panggilan Yahudi. Mereka pada mulanya kaum yang banyak dikurniakan nikmat dan dibangkitkan beberapa orang rasul daripada mereka. Namun disebabkab mereka angkuh, mereka menerima kutukan Allah S.W.T. Israel be...
18 Bani Quraizah Salah satu suku bangsa Yahudi yang mendiami Madinah sebelum Nabi s.a.w. berhijrah. Dalam masa orang Islam menghadapi perang Khandak, mereka selalu berkhianat menyebelahi musuh, walaupun mereka masih dalam perjanjian bersama-sama mempetahankan negara Madinah daripada ancaman musuh. Sebaik saja selesa...
19 Bani Umaiyah Sebuah pemerintah Islam selepas pemerintahan Khulafa' al-Rashidin. Berpusat di Damsyik. Pemerintahannya bermula pada tahun 40 Hijrah hingga 132 Hijrah. Khalifah yang pertama bernama Muawiyah bin Abu Suffian dan yang terakhir bernama Marwan bin Muhammad iaitu seramai 14 orang. Umaiyah diambil sempena...
20 Baqa' Salah satu sifat wajib bagi Allah Taala. Baqa' bererti kekal selama-lamanya. Alam akhirat dikatakan alam baqa' yang bermaksud ia akan kekal selama masa dikehendaki oleh Allah S.W.T.