Kata Awalan D Menurut Kamus Agama Islam

Pranala (link): https://www.maknaa.com/agama-islam

Indeks Kamus Agama Islam

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Tabel Kamus Agama Islam

No Kata Arti
1 Dabbatul Ardh Binatang yang merayap keluar dari perut bumi dan akan merosakkan muka bumi ini. Peristiwa tersebut adalah salah satu daripada sepuluh benda yang akan menjelang hari Kiamat, seperti yang tersebut dalam hadis Nabi s.a.w.
2 Daif Bererti lemah. Hadis daif bermaksud hadis yang syarat-syarat rawinya tidak kuat. Seperti rawinya belum baligh atau tidak bersambung (boleh diragukan), tidak seperti hadis sahih dan hadis hasan. Hadis daif walaupun tidak boleh menjadi sumber hukum halal dan haram, tetapi boleh digunakan untuk menyata...
3 Dajal Ertinya penipuan. Dajjal kecil bermaksud pengacau yang memecah-belahkan umat Islam. Dajjal besar ialah pembohong yang sangat pandai memperdayakan dan menyesatkan orang ramai. Ramai orang yang kurang imannya terpedaya dengannya. Dajjal besar muncul sebagai tanda dunia hampir Kiamat. Kita diajar memoh...
4 Dakwah Satu usaha mengajak orang ramai mengerjakan kebajikan dan meningngalkan segala kemungkaran. Usaha dakwah sangat mulia. Otrang yang berdakwah dianggap menyambung tugas Rasulullah s.a.w. tetapi hendaklah dijalankan dengan bijak supaya tidak memaksa orang lain.
5 Dalil Keterangan yang menunjukkan kepada sesuatu atau ayat al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. yang menjadi sumber terbit hukum syarak.
6 Dam Ihsar Denda kerana tidak dapt meneruskan ibadat haji kerana ditahan oleh pihak yang berkuasa atau dan sebagainya. Orang yang berkenaan hendaklah menyembelih seekor kambing dan bercukur atau bergunting rambut dengan niat tahalul.
7 Dam Takdir Takdir Dam yang wajib dibayar oleh jemaah haji yang melakukan kesalahan yang tertentu. Damnya boleh dipilih sama ada menyembelih seekor kambing atau bersedekah 12 cupak makanan kepada enam orang fakir miskin atau berpuasa selama tiga hari.
8 Dam Takhir Takdil Denda yang wajib dilakukan oleh jemaah haji yang melakukan kesalahan yang tertentu. Dendanya sama ada menyembelih binatang yang seumpama buruannya atau bersedekah makanan dengan nilai binatang itu atau berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dibeli dengannya.
9 Dam Tertib Takdil Denda yang wajib dilakukan oleh jemaah haji yang melakukan kesalahan tertentu. Dendanya ialah menyembelih seekor unta, jika tidak mampu hendaklah seekor lembu. Jika tidak mampu juga hendaklah tujuh ekor kambing. Jika tidak berkuasa juga hendaklah bersedekah sebanyak harga unta dan kalau tidak berkua...
10 Dam Tertib Takdir Denda yang wajib dilakukan oleh jemaah haji yang melakuaknkesalahan tertentu. Dendanya ialah menyembelih seekor kambing untuk fakir miskin. Jika tidak mampu hendaklah berpuasa selama sepuluh hari iaitu tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari setelah pulang ke tanah air.
11 Dam Bererti darah. Islam melarang memakan darah binatang.2- Denda yang dikenakan ke atas peserta haji yang melakukan larangan atau tidak melakukan wajib haji. Dam ada empat jenis iaitu dam tertib taqdir, dam tertib ta'dil, dam takhir ta'dil dan dam takhir taqdir.
12 Daru-Jalal Nama salah sebuah syurga di akhirat.
13 Daru-Qutni Namanya Ali bin Umar. Dilahirkan di Baghdad pada tahun 306 Hijrah. Beliau merupakan seorang imam hadis yang masyhur. Antara kitab hadis yang ditulisnya ialh kitab As-Sunnan. Beliau meninggal dunia pada tahun 385 Hijrah.
14 Darul-Jaza' Negeri tempat manusia mendapat balasan baik atau jahat, mengikut amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia atau dinamai negeri akhirat.
15 Darurat Keadaan seseorang ketika dalam kecemasan. Contohnya sesat di dalam hutan, tiada makanan untuk menyambung hidupnya selain daripada bangkai maka dia harus makan bangkai itu hanya untuk melepaskan hajat saja.
16 Darus Salam Nama salah sebuah syurga.
17 Darwin Seorang ahli falsafah barat yang berpendapat bahawa manusia itu berasal daripada beruk. Pendapat itu tidak benar kerana manusia berketurunan daripada Nabi Adam a.s. dan Nabi Adam a.s. dijadikan daripada tanah.
18 Dasar Tauhid Asas kepercayaan agama yang percayakan Tuhan itu satu iaitu Allah S.W.T. Kepercayaan itu berdasarkan daripada rukun iman yang enam.
19 Daud (Nabi) Salah seorang daripada rasul pilihan. Nmanya Daud bin Ashiya, dilahirkan di Baitul Laham. Beliau dikurniakan kitab Zabur dan suaranya merdu bila membaca kitab Zabur. Beliau membunuh Raja Jalut yang zalim, kemudian beliau dilantik menjadi raja dan memerintah kaum Bani Israel dengan adil.
20 Dhirabul Kahfi Air benih binatang ternakan. Islam melarang menjual air benih tersebut tetapi menggalakkan meminjamkan saja ternakan jantan uantuk pembiakan.