Kata Awalan F Menurut Kamus Agama Islam

Pranala (link): https://www.maknaa.com/agama-islam

Indeks Kamus Agama Islam

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Tabel Kamus Agama Islam

No Kata Arti
1 Fadilah Kelebihan atau pahala yang akan diperoleh oleh orang yang melakukan sesuatu amalan. Banyak hadis yang meriwayatkan tentang kelebihan mengerjakan amalan-amalan kebajikan.
2 Fahisyah Perkara-perkara keji dan buruk dari sudut pandangan agma dan amsyarakat seperti mencuri, membunuh, melakukan sesuatu yang menyusahkan orang ramaidan sebagainya. Agama Islam melarang kita melakukan perkara yang keji.
3 Fajar Kazib Cahaya yang terbit di kaki langit kelihatan menjurai-jurai menjelang waktu subuh. Cahaya ini terbit sekejap sahaja. Kemudian langit gelap semula, tidak lama selepas itu baru terbit fajar kedua dan masuk waktu subuh.
4 Fajar Sadik Cahaya yang terbit melintang di kaki langit yang membawa kepada hari siang. Denagn masuk fajar kedua ini menandakan telah masuk waktu subuh.
5 Fakir Orang yang berhajat kepada pertoongan. Contohnya manusia fakir kepada Allah S.W.T. 2- Orang yan tida pendapatan langsung dan tiada menanggung nafkahnya. Orang ini tidak diwajibkan membayar zakat tetapi layak menerima zakat.
6 Fana Sesuatu yang tidak kekal, akan binasa seperti dunia yang ada sekarang. Apabial tiba masanya ia akan binasa. Lawan fana ialah baqa' iaitu kekal slamanya. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang kekal selama-lamanya.
7 Faqih Orang yang mahir dalam ilmu feqah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara tersebut.
8 Faraid Ilmu yang menyatakan tentang cara dan hukum harta pusaka dibahagikan kepada waris si mati mengikut hukum syarak.
9 Fardhu Kifayah Kewajiban bagi sebahagian umat Islam, yang jika dikerjakan berpahala dan jika sebahagian umat Islam meninggalkannya maka berdosa semuanya. Misalnya solat jenazah, dll.
10 Fardhu ‘Ain Kewajiban bagi semua umat islam, yang jika dikerjakan berpahala dan jika ditinggalkan berdosa, misalnya solat dan puasa.
11 Fardhu/Rukun/Wajib  Sesuatu yang jika dikerjakan berpahala dan jika ditinggalkan berdosa; misalnya solat 5 waktu, puasa Ramadhan, dll.
12 Fardh  Bahagian yang telah ditentukan bagi ahli waris, jamaknya furuudh.
13 Fardu Ain Perkara-perkara yang wajib dilakukanoleh tiap-tiap orang yang mukalaf. Contohnya mengetahui bahagian-bahagian najis dan cara menyucikannya.
14 Fardu Kifayah Perkara-perkara yang diwajibkan ke atas sekumpulan orang Islam untuk mengerjakannya. Apabila salah seorang dari mereka telah melakukannya maka terlepaslah tanggungan yang lainnya. Namun sekiranya, tidak ada seorang pun yang melakukannya maka semua daripada mereka berdosa. Contohnya, dalam solat maya...
15 Faridhah Fardh. Jamaknya faraaidh.
16 Fasakh Perceraian pasangan suami isteri yang dilakukan oleh hakim atas permintaan pihak isteri dengan sebab-sebab tertentu.
17 Fashilah Kata akhir suatu ayat.
18 Fasik Orang yang melakukan dosa besar tanpa betaubat. Atau orang yang melakukan dosa kecil yang berlarutan dan orang yang melakukan kejahatan sesama manusia.
19 Fatimah Al-Zahra Puteri bongsu Rasulullah s.a.w. yang telah berkahwin dengan Sayidina Ali bin Abi Talib. Dikurniakan dua putera lelaki iaitu Hassan dan Hussain. Daripada mereka berdua berkembang keturunan Rasulullah s.a.w. Al-Zahra ialah gelaran yang diberikan kepada beliau yang bermaksud suci dan bersih.
20 Fatimiah Sebuah kerajaan Islam lanjutan daripada pemerintahan Saidina Ali di Tunisia yang bermula pada tahun 297 Hijrah selama 250 tahun dengan sebanyak 14 orang khalifah. Pengasas dinasti ini ialah Mahdi Ubaidullah.