Kata Awalan H Menurut Kamus Agama Islam

Pranala (link): https://www.maknaa.com/agama-islam

Indeks Kamus Agama Islam

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Tabel Kamus Agama Islam

No Kata Arti
1 Habil Seorang anak Nabi Adam a.s. yang telah diterima ibadat korbannya. Habil dibunuh abangnya kerana cemburu.
2 Hablul-Hablah Anak binatang yang masih dalam kandungan perut ibunya. Ia tidak sah dijual beli.
3 Hadas Keadaan seseorang yang tidak boleh melakukan ibadat tertentu sehingga dihilangkan hadasnya terlebih dahulu. Terdapat dua jenis hadas iaitu hadas kecil dan hadas besar. Cara menghilangkan hadas kecil ialah dengan mengambil wuduk dan hadas besar dengan mandi wajib.
4 Hadis Qudsi Hadis yang mana ertinya daripada Allah S.W.T. dan lafaznya disusun oleh Rasulullah s.a.w.
5 Hadis Perbuatan, perkataan atau ikrar Rasulullah s.a.w. Hadis juga dikenali sebagai As-Sunnah. Hadis bermacam darjat, ada hadis sahih dan ada hadis dhaif.Di dalam perundangan, hadis menjadi sumber hukum selepas Al-Quran.
6 Haid Darah bulanan yang keluar dari rahim perempuan yang sudah baligh, ia juga disebut sebagai datang kotor. Masa haid paling lama ialah 15 hari 15 malam dan paling cepat ialah 24 jam. Masa biasanya 6 atau 7 hari.
7 Haj Ibadat yang wajib dilakukan di tempat tertentu sahaja. Iaitu di Mekah dan akan dilakukan pada masa dan bulan yang tertentu.
8 Hajarul Aswad Sebuah batu hitam yang terletak di sudut sebelah timur Kaabah. Ia menjadi tempat bermula mengerjakan tawaf dan juga tempat orang habis mengerjakan tawaf.
9 Hajbu (Hijab) Terhalangnya seseorang dari semua atau sebahagian warisannya kerana adanya orang lain.
10 Hajbu Nuqshan Berkurangnya warisan seseorang kerana adanya orang lain.
11 Haji Ifrad Berhaji lebih dulu baru mengerjakan umrah. Cara ini tidak diwajibkan membayar denda (dam).
12 Haji Qiran Mengerjakan haji dan umrah dalam satu niat. Diwajibkan membayar denda (dam).
13 Haji Tamattu’ Mendahulukan umrah daripada haji dalam musim haji diantara tanggal 1 Syawal hingga 9 Dzulhijjah. Cara ini diwajibkan membayar denda (dam).
14 Haji Mengunjungi kaâbah (Baitullah/Baitul Haram) dengan tujuan melakukan beberapa amal ibadah, baik dalam bentuk thawaf, saâi, wukuf di Arafah dan amalan manasik haji dalam masa tertentu (bulan haji).
15 Hajib Orang yang kedudukannya menghalangi orang lain beroleh harta warisan, atau mengurangi perolehan warisan orang lain. Misalnya Bapak menghalangi perolehan waris kakek, anak menghalangi perolehan waris
16 Hajru (Pembatasan) membatasi seseorang dalam penggunaan hartanya sendiri.
17 Hajru Menahan harta seseorang kerana ada sangkut pautnya dengan hutang atau kerana pemegang harta tidak boleh dipertanggungjawabkan, misalnya kerana gila, bangkrup, dll.
18 Hakikat Ertinya makna yang sebenar atau makna yang asal bagi sesuatu benda. Lawan perkataan hakikat ialah majaz iaitu bukan makna yang sebenar, cuma pinjaman sahaja.
19 Hakim Orang yang memutuskan pertikaian/persengketaan antara dua orang atau lebih.
20 Halal Satu daripada hukum feqah yang bermaksud yang tidak ditegah untuk melakukannya atau meninggalkannya. Ia sama ertinya dengan mubah.