Kata Awalan I Menurut Kamus Agama Islam

Pranala (link): https://www.maknaa.com/agama-islam

Indeks Kamus Agama Islam

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Tabel Kamus Agama Islam

No Kata Arti
1 Ibadah Khusus Ibadat yang ditentukan ke atas setiap individu untuk melakukannya. Seperti ibadat solat, puas dan lain-lain lagi.
2 Ibadah segala gerak hidup yang ditujukan untuk kebaikan orang lain (termasuk dirinya sendiri).
3 Ibham tidak menyebutkan nama secara jelas dan tegas; kerana sudah dikenal, sudah dijelaskan di tempat lain, kerana hendak menutupinya, dll.
4 Iblis Makhluk Allah S.W.T. daripada jenis jin. Asalnya ia sangat taat beribadat kepada Allah S.W.T. dan menjadi pemimpin malaikat tetapi kerana dengki dan lahir perasaan takbur kepada Nabi Adam a.s. menjadikan mereka kafir. Kini iblis berusaha bersungguh-sungguh untuk menyesatkan manusia agar mereka masuk...
5 Ibn/Walad Anak lelaki.
6 Ibnu Abas Namanya Abdullah bin Abbas (sepupu Rasulullah s.a.w.). Dilahirkan di Mekah dua tahun sebelum Hijrah. Seorang sahabat yang sangant alim, bijak dam kuat beribadat. Banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. dan meninggal dunia di Taif pada tahun 68 Hijrah.
7 Ibnu Arabi Namanya Muhammad bin Abdullah yang dilahirkan pada tahun 468 Hijrah dan meninggal pada tahun 543 Hijrah. Seorang daripada ulama Islam yang terkenal dalam bidang ilmu al-Quran, hadis dan feqah. Namun begitu lebih terkenal dalam bidang ilmu tasawuf dan banyak mengarang kitab mengenai ilmu tersebut.
8 Ibnu Batutah Namanya Abdullah At-Tanji yang dilahirkan pada tahun 702 Hijrah di Morocco.Seorang pengembara Islam yang pernah menjelajah dunia dan serta membuatkajian dengan teliti tentang sesebuah masyarakat yang dilawatinya. Antara bukunya yang terkenal ialah Tuhfatun Nazar. Bukunya ini sangat penting kepada pe...
9 Ibnu Hibban Namanya Muhammad bin Hibban. Beliau dilahirkan di Sijistan dan mengembara ke beberapa tempat kerana mencari ilmu sehingga menjadi pakar dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau paling terkenal dalam ilmu hadis dan sejarah.
10 Ibnu Ishak Namanya Muhammad bin Ishak al-Madani. Beliau terkenal sebagai ulama hadis dan sejarah. Antara bukunya yang terkenal ialah Siratu Nabawiyah. Setelah berhijrah ke beberapa buah tempat akhirnya beliau menetap di Baghdad dan meninggal dunia di sana.
11 Ibnu Jauzi Namanya Muhammad bin Ahmad Jauzi. Beliau merupakan ulama terkenal dalam mazhab Maliki. Antara kitabnya yang terkenal ialah al-Qawaninul Fiqhiyah yang membicarakan tentang sirah rasul, ilmu kalam, feqah dan tasawwuf. Beliau meninggal dunia pada tahun 741 Hijrah.
12 Ibnu Kathir Namanya Ismail Umar yang dilahirkan pada tahun 701 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 774 Hijrah di Damsyik. Beliau paling terkenal dalam ilmu tafsir dan sejarah. Antara karyanya yang kekal ialah Tafsir Ibnu Kathir.
13 Ibnu Majah Namanya Muhammad bin Yazid al-Qazwini. Beliau dilahirkan pada tahun 209 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 273 Hijrah. Beliau seorang ulama hadis yang termasyhur. Antara kitabnya yang terkenal ialah As-Sunan Ibnu Majah.
14 Ibnu Mas'Aud namanya Abdullah bin Mas'aud. Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkenal dan yang mula-mula memeluk agama Islam. Beliau alim dalam pembacaan al-Quran dan banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 32 Hijrah.
15 Ibnu Qaiyim Namanya Muhammad bin Abu Bakar Syamsudin. Beliau dilahirkan pada tahun 691 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 751 Hijrah. Beliau seorang ulama yang terkenal dan luas pengetahuan serta banyak membuat penyelidikan. Beliau juga adalah murid kepada Ibnu Taimiyah. Sanggup dipenjarakan kerana mempertah...
16 Ibnu Rusyd Namanya Muhammad bin Ahmad bin Rusyd. Di Barat beliau terkenal denga nama Averroes, dilahirkan pada tahun 520 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 595 Hijrah. Beliau terkenal dengan ilmuan Islam dan ahli falsafah yang banyak menggunakan akal fikiran dan falsafah Aristotle dan tidak sehaluan dengan...
17 Ibnu Sabil Maksudnya orang yang meninggalkan rumahtangga dan keluarga untuk bermusafir. Mereka bermusafir kerana mencari keredhaan Allah S.W.T. seperti mencari ilmu dan sebagainya. Mereka berhak mendapat bantuan dan zakat harta.
18 Ibnu Shulbi Anak lelaki kandung
19 Ibnu Sina Namanya Abu Ali bin Abdillah bin Sina. Orang Barat memanggilnya Avicenna. Beliau dilahirkan di Parsi pada tahun 370 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah. Beliau seorang yang terkenal terutamanya dalam bidang falsafah dan kedoktoran. Antara karyanya yang masih dipakai ialah Al-Qanun iaitu...
20 Ibnu Taimiyah Namanya Taqiyuddin bin Abdul Salam. Beliau dilahirkan pada tahun 661 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 728 Hijrah. Beliau merupakan ulama yang masyhur yang bergelar Syeikhul-Islam. Beliau sungguh gigih memberikan pendapat dan berani menegur masyarakat akan perkara-perkara yang pada pendapatnya t...