Pranala (link): https://www.maknaa.com/agama-islam
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
No | Kata | Arti |
---|---|---|
1 | Ja'Afar Bin Abu Talib | Beliau adalah anak kepada Abu Talib dan sepupu kepada Nabi s.a.w. Beliau memeluk Islam dam telah mati syahid ketika menentang Rome yang mempunyai bilangan tentera berlipat kali ganda daripada tentera Islam di dalam peperangan Muktah. |
2 | Jabariyah | Satu mazhab dalam ilmu tauhid. Antara fahamnannya ialah bahawa usaha dan ikhtiar manusia sama sekali tidak mempunyai peranan dalam menentukan nasib kerana segala-galanya, yang baik atau buruk sudah ditentukan oleh iradat Alah S.W.T. dari azali lagi dan manusia sentiasa menerimanya sahaja. |
3 | Jadd | Lelaki. |
4 | Jaddah | Nenek. |
5 | Jahanam | Salah satu nama neraka di akhirat. |
6 | Jahar | 1- Menyaringkan bacaan solat seperti bacaan fatihah dalam rakaat yang pertama dan rakaat yang kedua dalam fardhu Maghrib. 2-Menyebut sebahagian huruf dengan nyaring dan tertahan nafas. Ini merupakan satu daripada hukum tajwid. |
7 | Jahil | Ertinya orang yang tidak berilmu iaitu bodoh; lawannya jahil. Jahil mukarab bererti orang yang sangat jahil dan tidak tahu langsung tentang agama. |
8 | Jahiliah | Gelaran kepada orang Arab sebelum kedatangan Islam. Mereka dianggap jahil kerana kepercayaan mereka yang sesat iaitu menyembah benda-benda selain daripada Allah S.W.T.dan kehidupan mereka yang kucar-kacir. |
9 | Jahim | Salah satu nama neraka diakhirat kelak. |
10 | Jaiz | Sesuatu yang dilakukan, tidak berdosa. |
11 | Jallalah | Menurut ad-Dumairi Rahimahullah binatang yang makan najis dan tahi dipanggil al-jallalah. Di dalam kitabnya Hayah al-Hayawan al-Kubra beliau menyatakan:Ertinya: dan al-Jallalah itu dalah binatang yang makan tahi dan najis-najis sama ada binatang itu unta, sapi, kambing, ayam, angsa, ikan atau selain... |
12 | Jalut | Seorang panglima tentera bangsa Palestin purba yang pernah berperang dengan Talutdan tewas di tangan Nabi Daud a.s. |
13 | Jamadil Akhir | Nama bulan Islam yang ke-6 dalam kalendar Islam yang bererti musim sejuk akhir. |
14 | Jamadil Awal | Nama bulan Islam yang ke-5 dalam kalendar Islam yang bererti musim sejuk awal. |
15 | Jamak | solat jamak bererti dua solat yang dijadikan satu waktu seperti Zuhur dan Asar dilakukan dalam solat Zuhur. Begitu juga dengan solat Maghrib dan Isyak yang disatukan dalam waktu Maghrib. solat jamak diharuskan kepada orang yang musafir saja dan ia terbahagi kepada dua iaitu Jamak Takdir dan Jamak Ta... |
16 | Jamrah | Ertinya anak batu. Melontar jumrah adalah satu pekerjaan wajib oleh peserta haji. |
17 | Janin | Anak yang berada dalam kandungan ibu tidak lebih dari tiga bulan. |
18 | Jannah | Nama salah satu syurga. Ia merupakan satu tempat yang penuh dengan nikmat kesenangan yang belum pernah dirasai oleh sesiapa pun. Syurga untuk orang yang menurut perintah Allah S.W.T. sahaja. |
19 | Jariah | Ertinya hamba perempuan. |
20 | Jarimah | Kesalahan besar yang mengancam orang yang melakukannya dengan hukuman oleh syarak supaya orang lain tidak berani melakukannya. Kesalahan tersebut seperti membunuh, merompak dan sebagainya. |