Kata Awalan K Menurut Kamus Agama Islam

Pranala (link): https://www.maknaa.com/agama-islam

Indeks Kamus Agama Islam

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Tabel Kamus Agama Islam

No Kata Arti
1 Kaabah Sebuah bangunan yang terletak di tengah-tengah Masjidil Haram di Mekah. Bentuknya empat segi, Tinggi 15 meter, panjang 11 meter lebih dan lebarnya kira-kira 10 meter. Ia juga bernama Baitul Al-Haram dan dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. Ia menjadi arah kiblat bagi orang Islam solat.
2 Kabair Ertinya dosa-dosa besar. Seperti menyekutukan Allah S.W.T., membunuh, mengamalkan sihir, berzina dan lain-lain lagi. Dosa besar hilang dengan cara bertaubat saja.
3 Kafalah Takrif : Menurut bahasa Arab, kafalah bermaksud beriltizam, menghimpun dan menggabungkan. Menurut syarak : Memikul tanggungjawab terhadap sesuatu hak yang telah disahkan menjadi tanggungan orang lain
4 Kafan Membalut mayat untuk dikebumikan. Biasanya ia menggunakan kain putih. Mengkafankan selepas mayat dimandikan. Sekukrang-kurang kain kafan satu lapis tetapi sebaiknya tiga lapis bagi lelaki dan lima lapis bagi perempuan.
5 Kafarah Denda yan telah ditetapkan ole syarak ke atas orang yan melakukan kesalahanatau menampung ibadat yang kurang sempurna. Antara sebab yang diwajibkan kifarah ialah menyalahi nazar dan merosakan amalan
6 Kafir
7 Kalalah Seseorang yang meninggal dunia tanpa mninggalkan bapa ataupun anak.
8 Kara'Alghamin Kaki binatang. Tersebut dalam hadis bahawa Nabi s.a.w. memperkenan jemputan orang, walaupun hanya sup kaki kambing saja. Dan Di tempat yang jauh seperti di Al-Ghanim.
9 Karamallah Wajhah Gelaran yang diberikan kepada Saidina Ali. Gelaran ini bererti Allah memuliakannya kerana ia belum pernah menyembah berhala walau pun sebelum Islam.
10 Karun orang yang paling kaya pada zaman Nabi Musa a.s. tetapi menindas orang yang miskin dan angkuh dengan kekayaannya lalu menjadi kufur. Lalu Allah S.W.T. memrintahkan bumi menelan dirinya serta hartanya.
11 Kasyaf Nampak sesuatu yang ghaib melalui mata hati. Ia seolah-olah nampakdengan mata kasar. Seperti yang diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. nampak dengan hatinya mayat salah seorang Raja Najashi yang beragama Islam, lalu Nabi s.a.w. pun bersolat ghaib.
12 Kedup Rumah kecil, tempat duduk di atas belakang unta.
13 Keluarga Muhammad 1.Golongan Bani Hasyim dan Bani Mutholib yang tidak diperbolehkan menerima zakat, 2.Anak cucu dan para istrinya, 3. Umat dan pengikutnya sampai hari kiamat, 4.Golongan yang taqwa diantara umatnya.  
14 Keramat Perkara ganjil yang berlaku kepada orang yang saleh. Tujuan Allah S.W.T. mengadakan perkara yan ganjil ini adalah sebagai balasan untuk hamba-hambaNya yang taat. Tiada keramat pada kuburan, pada pokok kayu dan sebagainya. Kepercayaan kepada benda-benda karut adalah kepercayaan karut.
15 Khaal Saudara lelaki ibu.
16 Khaalah Saudara perempuan ibu
17 Khadijah Isteri pertasma Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan seorang saudagaryang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti yang mulia. Beliau telah berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. 22 tahun sebelum Hijrah. Mereka dikurniakn anak seramai enam orang. 2 putera iaitu Kassim dan Abdullah dan 4 puteri iaitu Zainab, R...
18 Khaibar Nama satu tempat di utara Madinah. Orang Yahudi telah berkumpul disini untuk menentang tentera Islam secara habis-habisan. Rasulullah s.a.w. bersama tenttera-tentera Islam telah berjaya menewaskan mereka dalam perang Khaibar.
19 Khalaf Kumpulah ahli sunnah yang hidup selepas 300 tahun Nabi s.a.w. berhijrah. Sehingga sekarang lawannya ialah Ulama salaf.
20 Khalid Bin Walid Panglima Islam yang mashur. Beliau adalah seorang yang berani dan pintardi dalam peperangan. Beliau memeluk Islam pada tahun 7 Hijrah. Disebabkan keberaniannya, beliua telah digelar sebagai Saifullah (pedang Allah). Beliau meninggal dunia pada tahun 21 Hijrah di Hims.